Categories: Resipi

Resipi Ayam Kicap Yang ‘Meleleh’, Tak Puas Makan Dengan Nasi, Siap Ratah!

resipi ayam kicapresipi ayam kicap

Dah biasa masak ayam kicap? Apa kata kali ini jom cuba resipi ayam kicap versi ‘meleleh’ ini pula. Confirm makan tak toleh kiri kanan dah.

Ada satu lauk ini pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Bahan-bahan dan cara penyediannya juga tidak renyah dan mudah.

Jom cuba masak nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Kicap Yang ‘Meleleh’

Bahan-bahan:

  • Ayam (lumur kunyit dan garam)
  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah kecil 6 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia besar ibu jari
  • Serai 1 batang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Rempah ayam 1 peket kecil
  • 4 sudu makan kicap kipas udang manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 biji cili padi (belah 2)
  • Gula dan garam

Cara-cara:

1. Goreng ayam yang sudah dilumur garam dan kunyit.

resipi ayam kicapresipi ayam kicap

2. Tumbuk bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar dan halia.

3. Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak buang sikit. Masukkan serai dan titikkan.

4. Masukkan juga kulit kayu manis, daun kari dan bahan tumbuk tadi.

5. Tuangkan 1 paket kecil rempah ayam.

6. Letakkan sedikit sahaja air kerana nak rempah masak sehingga pecah minyak.

7. Tuangkan kicap kipas udang manis.

8. Masukkan juga kicap pekat untuk menghitamkan kuah.

9. Masukkan juga cili padi. Kalau tak suka pedas, tak perlu letak.

10. Masukkan 1 sudu makan gula dan sedikit garam.

11. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.

Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Ameera

Nasiha

Recent Posts

Resepi Kek Butter Simple, Hasil Air Tangan Ibu Memang Tiada Tandingannya

Jika anda mempunyai banyak masa lapang di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Kek Butter…

7 mins ago

Teknik Cuci Kerang Supaya Isi Tak Berselut, Lebih Bersih Dan Mudah Dimasak

Nak makan kerang dengan keluarga tersayang di rumah, masak rebus saja pun sedap. Sebelum itu,…

1 hour ago

Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Homemade Nugget Hanis Zalikha, Sedap Gebu!

Jika anda nak buat snek sendiri di rumah tanpa menggunakan makanan sejuk beku, anda boleh…

1 hour ago

Lelaki Kongsi Petua Mak Goreng Ikan Sungai, Buat Begini Rangup Sampai Tulang!

Seorang pengguna laman sosial Facebook baru-baru ini berkongsi petua arwah ibunya mengenai cara menggoreng ikan…

1 hour ago

Sambal Daun Kayu Tempoyak Versi Simple, Guna Bahan Apa Ada Di Dapur Saja

Selain masak lemak cili api, ramai yang tak lepaskan peluang untuk makan Sambal Daun Kayu…

4 hours ago

Resipi Korean Garlic Cheese Bread, Guna Roti ‘Burger’ Je Tak Payah Uli!

Korean garlic cheese bread pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu. Mungkin anda salah…

4 hours ago