Selain masak lemak cili api, ramai yang tak lepaskan peluang untuk makan Sambal Daun Kayu Tempoyak apabila bercuti ke Negeri Sembilan yang terkenal dengan pedasnya.
Jika versi sebenar dari Negeri Sembilan, hidangan ini banyak menggunakan daun-daun ulam, diracik halus dan dilebur, naikkan sekali tanpa ditumis.
Namun, Ina Abbas telah kongsikan resipi Sambal Daun Kayu Tempoyak di Facebook yang sangat ringkas menggunakan bahan apa saja yang ada di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar cili api, kunyit hidup, serai dan sedikit ikan bilis dengan sedikit air.
2. Selepas itu, mayang atau hiris halus bawang kecil, pucuk ubi dan daun kunyit.
3. Kemudian, rebus pucuk ubi sampi empuk.
4. Dalam kuali atau periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar serta bawang kecil yang telah dihiris tadi.
5. Apabila bahan tumis sudah naik bau, masukkan tempoyak.
6. Seterusnya, tumis lagi sampi naik minyak sedikit dan masukkan santan pekat.
7. Setelah itu, masukkan asam keping, perasa Maggi, garam dan gula.
8. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis dan petai. Siap untuk dihidang!
Hidangan ini mempunyai bau yang sungguh harum, ditambah pula dengan rasa tempoyak yang enak dengan rasa pedas pasti membuatkan anda makan sampai bertambah nasi.
Nak jadikan hidangan nampak lebih menarik, anda boleh gandingkan Sambal Daun Kayu Tempoyak bersama ikan goreng atau ayam goreng dan semestinya selera terangkat.
Tak nak buat hidangan lauk lain pun tak apa kerana hidangan ini tetap sedap dimakan begitu saja bersama nasi yang panas. Jika tak percaya, cubalah di rumah nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Ina Abbas
Baca juga: Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…