Categories: Resipi

Resipi Korean Garlic Cheese Bread, Guna Roti ‘Burger’ Je Tak Payah Uli!

Korean garlic cheese bread pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu. Mungkin anda salah seorang yang pernah mencubanya dan menikmati keenakannya. Namun, mungkin ada juga yang belum pernah merasainya.

Jadi, inilah masanya untuk anda mencuba membuatnya sendiri di rumah. Jangan risau, anda tidak perlu bersusah payah menguli doh kerana resipi ini menggunakan roti burger yang mudah didapati di mana-mana pasar raya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Roti Celup Telur Sardin, Anak-Anak Cakap Sedap Tak Tipu!

RESEPI KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Bahan roti:

  • Roti burger (1 pek, 10 biji, belah 6 bahagian)

Bahan cream cheese:

  • 250g cream cheese (Jenama Tatura)
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 50g dairy whipping cream

Bahan sos garlic:

  • 100g pure butter
  • 1 labu bawang putih cincang
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit parsley kering

Cara-cara:

1. Cream Cheese:

  • Pukul cream cheese, susu pekat manis dan dairy whipping cream hingga sebati.
  • Masukkan campuran cream cheese ke dalam piping bag.

2. Garlic Sauce:

  • Cairkan butter dalam mangkuk, tunggu hingga suam.
  • Masukkan bawang putih cincang, mayonis, telur dan parsley kering. Kacau hingga sebati.

3. Penyediaan Roti:

  • Panaskan oven pada suhu 170°C.
  • Paipkan cream cheese ke dalam setiap penjuru roti.
  • Celupkan roti yang sudah diisi cream cheese ke dalam mangkuk garlic sauce.
  • Bakar roti dalam oven selama 15 minit.

4. Siap dan sedia untuk dinikmati!

Kredit: Nurha Muhammad

Baca juga: Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

22 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

22 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

23 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

23 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 day ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

1 day ago