Jom cuba resipi ayam kak wok ini. Makan tanpa gulai ayam pun sedap! Tapi lebih jika dimakan bersama gulai serta sambal. Barulah terasa keenakan dan keaslian nasi kak wok yang berasal dari Negeri Kelantan ini.
Nasi kak wok bukan hanya boleh dijumpai di Kelantan, kini telah menjadi popular di seluruh tanah air. Pergilah kemana saja pasti mudah temui restoran yang jual nasi ini.
Kalau ada yang nak masak sendiri di rumah pun boleh, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Aiza Irmiyati Ghazali di bawah.
Baca juga: Sedap Rupanya Ayam Goreng Viral Ni, Rahsianya Terletak Pada Bawang Putih
1. Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.
2. Satukan ayam bersama semua bahan kecuali tepung beras atau tepung jagung.
3. Gaulkan sehingga semuanya sebati. Kemudian masukkan tepung beras atau tepung jagung. Gaul rata.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam tadi sehingga masak.
5. Hasilnya selepas siap digoreng. Selamat mencuba!
Kredit: Puan Aiza Irmiyati Ghazali
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…