Categories: Informasi

Peniaga OKU Buktikan Boleh Berjaya, Resipi Sos Lada Hitamnya Tarik Ramai Pelanggan

Baru-baru ini tular peniaga OKU yang membuka sebuah kedai makanan barat habis terjual kerana resipi sos lada hitamnya menarik perhatian pengunjung. 

Peniaga OKU berkenaan, Abdullah Affandi Md Yusop ini atau mesra dipanggil Onedha telah kehilangan kaki kanannya selepas terbabit kemalangan jalan raya.  

Baca juga: Pak Mat Western Viral Tawar Nasi Lemak 90 Sen, Raih Perhatian Netizen

Memetik laporan MStar, Onedha yang sudah pun berstatus orang kelainan upaya (OKU) sejak 25 tahun yang lalu menyatakan bahawa sebelum ini dia merupakan operator di Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Lalu Onedha membuat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung mencari rezeki di kampung perantauan Sungai Petani, Kedah.

“Dah lama saya kemalangan, dah 25 tahun. Waktu tu saya naik motor nak pergi beli makanan untuk adik-adik. Nasib tak baik, saya kemalangan dengan lori di Sungai Petani.

“Saya berniaga ni pula baru tiga bulan. Mula tahun lepas dan berniaga seorang saja sebab waktu tu tak ada pekerja lagi. Kalau tak silap dalam dua minggu juga saya uruskan kedai seorang diri.

“Alhamdulillah sekarang dah ada enam pekerja. Tiga pekerja tetap dan tiga lagi sambilan. Mereka ni banyak bantu bahagian hidang dan hantar makanan kepada pelanggan.

“Selepas berhenti kerja di Telekom tu, saya ada buka perkhidmatan mengandam… ramai juga pelanggan. Sekarang pun ada lagi solek pengantin tetapi dah kurang sikit sebab nak fokus lebih kepada kedai makan saya,” katanya.

Disebabkan itu, Onedha meluahkan rasa bersyukur kerana keluarganya banyak memberikan dorongan dan sokongan kepadanya untuk berniaga terutama sekali kakaknya yang telah memberikan kebenaran menjadikan rumah kosongnya sebagai kedai makan.

Sos Lada Hitam Jadi Tarikan Pengunjung

Bukan itu sahaja, Onedha turut berkongsikan resepi sos lada hitam yang dicicah bersama ayam panggang, stik kambing dan stik daging menjadi pilihan orang ramai sehingga ke hari ini.

Dia juga berasa tidak menyangka bahawa setiap hari hampir 350 pinggan makanan berjaya dijual dan menganggap ini rezeki daripada Allah SWT. 

“Kakak yang tawarkan untuk buka kedai sebab adik beradik selalu puji ayam barbeku yang saya buat tu sedap. Kebetulan kakak ada rumah tinggal kosong, jadi dia suruh saya buka kedai dekat sana.

“Selain adik beradik, mak ialah orang yang paling banyak bagi sokongan dari awal nak mula berniaga. Walaupun modal saya yang keluarkan sendiri, tetapi mereka banyak beri sokongan.

“Rasanya dah 20 tahun saya guna resepi sos lada hitam tu. Sebelum ni selalu buat untuk makan keluarga sahaja dan sekarang baru untuk berniaga.

“Alhamdulillah purata sehari dalam 350 pinggan. Menu makanan di kedai saya iaitu stik kambing, stik daging, ayam panggang dan spageti kuah campur. Pelanggan yang datang pun dari jauh seperti Melaka, Johor, Perak dan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Video Penuh: 

@onedha82

hijrah dalam segala segalanya. selagi kita diberi nafas dan sebagai manusia. #fyp #fypシ #fypシ゚viral

♬ original sound – SYAMEL AMZAH – SYAMEL AMZAH


Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah satu cabaran untuk terus berjaya. Semoga terus maju jaya! 


Sumber: Mstar

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Donat Kampung Tanpa Telur & Susu, Tapi Bukan Main Lembut Bila Dah Siap Digoreng!

Cara buat donat kampung tanpa susu dan telur ini sesuai untuk yang nak menyediakan kuih…

2 hours ago

Resepi Creamy Mushroom Soup Dengan Ayam & Jagung, Anak Tak Cukup Semangkuk!

Resepi creamy mushroom soup ini boleh dijadikan pilihan sarapan pagi yang mengenyangkan untuk seisi keluarga,…

2 hours ago

Resipi Koktail Sagu Gula Melaka, Rahsia Cantik Berkristal Rupanya Kena Buat Begini!

Koktail sagu gula melaka antara pencuci mulut yang sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Gabungan sagu…

19 hours ago

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Kembali Pada November, Kali Ini Ada 4 Kategori Baharu!

Kempen OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali untuk edisi kedua pada November ini dengan memperkenalkan…

19 hours ago

Resipi Pad Kra Pao Ayam Thai Ala Kedai Tomyam, Guna Bahan Ringkas Pun Jadi Sedap!

Pad kra pao resepi ini sesuai untuk anda yang menggemari masakan Thai dengan rasa pedas,…

21 hours ago

Rebus Tulang Cepat Empuk, Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Guna Periuk Biasa Je Di Rumah!

Nak masak sup yang sedap tetapi daging pada tulang masih liat? Ada cara rebus tulang…

22 hours ago