Categories: Resipi

Resipi Ayam Gunting, Nak Rangup & Sedap Kena Guna Tepung Ini!

Resipi ayam gunting ini, kita akan gunakan dada ayam saiz besar yang dipotong nipis dan lebar. Ini adalah supaya ayam cepat masak dan memberikan tekstur yang lebih rangup ketika digoreng.

Untuk mendapatkan hasil yang benar-benar rangup, jangan sesekali mengabaikan penggunaan tepung ubi kayu. Jika menggunakan tepung lain, teksturnya mungkin akan lebih menyerupai ayam goreng biasa seperti KFC, bukannya ayam gunting.

Selain itu, jika anda suka ayam yang lebih pedas, selepas menggoreng, taburkan serbuk cili tambahan di atas ayam gunting.

Jom lihat perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Sup Sayur Telur Dengan Suun ‘Berlambak’, Nampak Sempoi Tapi Punyalah Sedap

RESIPI AYAM GUNTING

Bahan-Bahan Utama:

Bahan Perapan Ayam:

  • 1 keping dada ayam (potong nipis dan lebar)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kari daging

Cara Perap:

1. Gaul semua bahan perapan bersama ayam yang telah dipotong nipis dan lebar.

2. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit untuk menyerap semua rasa. Jika anda suka lebih pedas, tambahkan lebih banyak serbuk cili mengikut selera.

Bahan Kering untuk Salut:

  • Tepung ubi kayu (wajib untuk hasil yang rangup)
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih
  • Air (untuk menjadikan tepung bergumpal)

Cara Penyediaan Tepung Kering:

1. Satukan tepung ubi kayu, garam, dan serbuk lada putih dalam mangkuk.

2. Renjiskan sedikit air ke dalam campuran tepung sambil menggaul. Jangan terlalu basah, cukup sekadar menjadikan tepung sedikit bergumpal.

3. Gaul atau tekan tepung yang bergumpal sehingga menjadi biji-biji kecil. Jangan biarkan tepung menjadi terlalu halus seperti serbuk roti. Pastikan sebahagian tepung masih berbentuk serbuk biasa, manakala separuh lagi berbentuk gumpalan kecil. Ini akan memberikan kesan rangup yang diinginkan pada ayam nanti.

Cara Menggoreng Ayam Gunting:

1.  Dalam kuali yang cukup untuk menenggelamkan ayam. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng.

2. Celupkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam campuran tepung ubi kayu. Pastikan setiap bahagian ayam disaluti dengan rata.

3. Goreng sehingga keemasan. Pastikan ayam digoreng dalam kuantiti yang sedikit pada satu masa supaya tepung tidak lembik dan mengekalkan kerangupan.

4. Angkat ayam setelah berwarna keemasan dan toskan minyak berlebihan.

Sumber: Syaidatul Fazreen

Baca lagi: Daun Pandan vs Daun Suji, Nampak Sama Tapi Sebenarnya Berbeza!

Aisha Qistina

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

54 mins ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

3 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

3 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

3 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

4 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

4 hours ago