Bagi penggemar sajian ayam panggang, resipi ayam grill ala gcb McD ini anda wajib cuba. Menurut empunya resipi, saudari SuiSan Aliezsha menu ini beliau olah mengikut bahan yang dirasa sewaktu menikmati GCB mcd.
Hasilnya sebijik sama! Sedap sangat. Boleh dinikmati bersama roti malah jika tiada, makan sahaja bersama nasi. Pasti puas hati. Jom lihat resipinya.
AYAM GRILL ALA GCB MCD
BAHAN-BAHAN:
Paha ayam – dibuang tulang atau beli ayam siap untuk chicken chop
BAHAN SOS:
- Bawang putih
- 1 biji tomato
- Sos cili secukupnya
- Sos BBQ secukupnya
- Sos tiram (ayam) secukupnya
- Lada hitam secukupnya – kisar halus
- Madu, gula & garam secukup rasa
- Buttercup + planta secukupnya
Nota: Ubah sukatan bahan dengan secukupnya bergantung jumlah ayam yang diguna.
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih ayam tadi. Kemudian tos dan ketepikan seketika.
2. Satukan semua bahan (kecuali lada hitam) ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit air dan kisar halus. Ketepikan.
3. Panaskan buttercup dan juga planta di dalam kuali hingga cair. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.
4. Kacau sampai kuah menjadi pekat. Pastikn gula dan madu semua terasa. Tambahkan juga serbuk lada hitam.
5. Bila sos telah sempurna, padamlam api dan sejukkan.
6. Perap ayam bersama sos selama beberapa minit. Lagi lama diperap, lagi enak hasilnya.
7. Kemudian susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200οC selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Namun masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
8. Keluarkan ayam kemudian grill seketika di atas dapur gas menggunakan kuali burger @ kuali leper selama beberapa minit.
9. Angkat dan siap untuk dihidang kepada keluarga.
Kredit: SuiSan Aliesha