Categories: Resipi

Cara Masak Ayam Goreng Kari Dengan Kentang, Resipi Simple Gerenti Jadi!

Resipi Ayam Goreng Kari ini sesuai untuk sesiapa yang sukakan masakan berempah dan beraroma wangi.

Kombinasi ayam goreng rangup dengan kuah kari berempah menjadikan setiap suapan terasa lebih istimewa.

Kalau bosan dengan masakan ayam yang sama setiap minggu, bolehlah cuba masak ayam goreng kari ini pula untuk kelainan.

Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Berempah Padu, Laku Keras Setiap Hari!

RESIPI AYAM GORENG KARI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam digoreng
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Serai
  • Daun kari
  • Bawang holland
  • Rempah kari daging + kari ikan
  • Ketang potong wedges digoreng

Cara-cara:

  1. Mula-mula, lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Seterusnya, goreng kentang yang telah dipotong wedges.
  3. Guna minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, bawang holland, serai dan daun kari yang telah dihiris sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi) dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Setelah minyak pecah, masukkan rempah kari daging dan kari ikan. Gaul rata dan tambah sedikit air supaya rempah tidak hangit.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula secukupnya.
  7. Masukkan ayam dan kentang goreng. Gaul hingga semua bahan sebati.
  8. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Cahaya Kasih Firdausi

Baca juga: Resipi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas-Pedas Manja! Sekali Rasa, Tak Henti Menyuap!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

15 hours ago