Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Daun Kari Yang Wangi & Crispy, Guna 4 Bahan Saja Dah Sedap Menjilat Jari!

Resipi ayam goreng daun kari ini pasti menjadi kegemaran ramai. Gabungan ayam yang diperap dengan serbuk perasa, kemudian digoreng bersama daun kari menghasilkan aroma yang sangat wangi serta rasa yang cukup menyelerakan. Sekali cuba, pasti akan ulang masak lagi.

Kalau anda sedang mencari lauk yang mudah disediakan tetapi tetap sedap, resipi ini memang wajib dicuba. Bahan-bahannya ringkas dan cara penyediaannya juga tidak rumit. Sesuai untuk dijadikan menu makan tengah hari, makan malam atau hidangan hujung minggu bersama keluarga.

Lebih menarik, daun kari yang digoreng sehingga rangup bukan sahaja menaikkan aroma ayam, malah menjadi pelengkap yang membuatkan hidangan ini lebih istimewa. Paling sedap kalau dimakan ketika masih panas bersama nasi putih dan sambal kegemaran.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai, Gerenti Kecur Air Liur Dengan Kombinasi Pedas, Masam & Manis!

RESIPI AYAM GORENG DAUN KARI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 50g serbuk ayam bakar madu
  • Daun kari secukupnya
  • 2 sudu besar tepung ayam goreng segera

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam ke dalam bekas, kemudian tambah serbuk ayam bakar madu, tepung ayam segera dan daun kari.
  2. Gaulkan sehingga semua bahan bersalut rata pada ayam.
  3. Perapkan ayam selama kira-kira 30 minit di dalam peti ais supaya perasa lebih meresap.
  4. Panaskan minyak yang mencukupi, kemudian goreng ayam sehingga masak, garing dan berwarna keemasan.
  5. Sebelum mengangkat ayam, taburkan sedikit lagi daun kari ke dalam minyak panas dan goreng sehingga rangup.
  6. Angkat ayam bersama daun kari rangup dan toskan minyak.

Sumber: Marsitah Ibrahim

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Thai Rangup, Bahan Perapan Rempah Ini Buat Rasa Lebih Wangi & ‘Aroi Mak’!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

20 hours ago