ayam cincang

Kalau suka hidangan berinspirasikan Thai, ayam cincang goreng ala Thai ini boleh jadi pilihan menu yang mudah dan sedap untuk dicuba. Menggunakan ayam yang dicincang halus, kemudian digoreng dan digaul bersama rempah tomyam serta bahan-bahan aromatik, rasanya memang cukup membuka selera.

Resipi ini menggabungkan rasa pedas, masin, sedikit manis dan aroma segar daripada daun limau serta daun ketumbar. Walaupun menggunakan bahan yang ringkas, gabungan rasa yang terhasil seakan-akan hidangan Thai yang biasa dinikmati di restoran.

Menariknya, ayam cincang goreng ala Thai ini tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Ia sesuai dijadikan lauk harian kerana cara penyediaannya mudah dan sedap dimakan bersama nasi putih panas.

Baca juga: Cara Goreng Ayam Berempah 3 Bahan Paling Mudah, Kulit Rangup & Isi Tetap ‘Juicy’!

RESIPI AYAM CINCANG GORENG ALA THAI

ayam cincang

Bahan-bahan:

  • Ayam (dicincang halus)
  • Tepung jagung secukupnya
  • Daun limau purut (dihiris halus)
  • Cili (dihiris)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Sos ikan secukupnya
  • Rempah tomyam
  • Gula kabung atau gula biasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam cincang bersama sedikit tepung jagung sehingga rata. Perapkan seketika supaya ayam lebih bersalut dan mendapat tekstur yang lebih sedap selepas digoreng.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak serta sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali lain, tumiskan rempah tomyam sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos ikan, gula kabung dan sedikit garam. Kacau sehingga bahan sebati.
  5. Masukkan ayam cincang yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
  6. Tambahkan daun limau purut, cili dan daun ketumbar yang telah dihiris.
  7. Kacau semua bahan sehingga rata dan ayam bersalut dengan rempah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Ayam cincang goreng ala Thai ini paling sedap dinikmati bersama nasi putih panas. Rasa wangi daun limau, pedas cili dan aroma rempah tomyam menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan walaupun menggunakan bahan yang mudah.

Sumber: Bangun Bikah Cace

Baca juga: Resipi Ayam Balado Kangkung Yang Jimat Masa, Sekali Masak Terus Lengkap Dengan Sayur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN