resepi pes ikan bakar

Bagi yang alah kepada belacan, boleh cuba resepi pes ikan bakar tanpa menggunakan belacan yang sangat mudah disediakan ini.

Pes ini memang memudahkan, bila-bila masa sahaja nak makan. Tinggal lumur sahaja pada ikan. Ikan pula boleh gunakan apa-apa jenis yang disukai.

Selain untuk ikan bakar, pes ini juga sesuai digunakan untuk ayam, sotong atau seafood lain yang anda suka. Rasanya tetap wangi dan berempah.

Baca juga: Cara Buat Pes Garam Kunyit Untuk Menggoreng, Tak Perlu Simpan Dalam Peti

RESEPI PES IKAN BAKAR TANPA BELACAN

resepi pes ikan bakar

Bahan kisar:

  • 10 biji lada kering besar (boleh campur lada keriting untuk lebih pedas)
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan tambahan:

  • 1 keping gula melaka
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Daun kesum
  • Daun limau purut

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan semua bahan kisar dan kisar/blend hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
  3. Tambahkan gula melaka, air asam jawa, garam dan perasa secukupnya ketika bahan kisar mula naik minyak. Kacau rata dan biarkan tumis sebentar sehingga pekat.
  4. Masukkan daun kesum dan daun limau purut untuk aroma lebih segar. Tumis sehingga pes wangi dan pekat.
  5. Angkat dan sejukkan seketika. Pes ini boleh terus digunakan atau disimpan untuk kegunaan kemudian.
  6. Sapu pes pada ikan yang telah dibersihkan.
  7. Lapik ikan dengan daun pisang sebelum dibakar untuk aroma wangi dan rasa lebih sedap.
  8. Bakar ikan sehingga masak, sambil sesekali sapu lebihan pes untuk rasa lebih menyeluruh.

Sumber: BrilliantPanda1021

Baca juga: Resipi Pes Mi Goreng Mamak, Balik Kerja Lewat Pun Sempat Masak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN