Categories: Resipi

Resipi Asam Pedas Melaka, Kuah Likat Merah Buat Tak Jemu Makan!

Resipi asam pedas Melaka ialah hidangan tradisional yang terkenal dengan rasa masam dan pedas yang seimbang. Resipi ini sesuai untuk dinikmati seisi keluarga atau sebagai juadah istimewa semasa berkumpul.

Dengan bahan-bahan segar dan cara penyediaan yang teliti, pasti rasa asam pedas ini akan memikat selera. Anda wajib mencuba resipi ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup, pasti tak rugi!

Berikut adalah resipi versi Cik Puan Nor Izzuana Izhar yang diolah untuk kemudahan anda.

Baca lagi: Resepi Roti Sardin Gulung Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

RESIPI ASAM PEDAS MELAKA

Bahan-Bahan:

  • 2 biji bawang merah sederhana besar (atau 7-9 biji bawang merah kecil)
  • 3-5 ulas bawang putih
  • Halia dan kunyit sebesar ibu jari
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam (pilihan)
  • 2 batang serai (kisar)
  • 2-3 batang serai (diketuk)
  • Lengkuas sebesar ibu jari (diketuk)
  • Belacan (1 sudu besar, pilihan)
  • 3-4 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan)
  • 1-2 sudu kecil halba
  • Air asam jawa atau asam keping (ikut citarasa)
  • Daun kesum atau daun limau purut
  • Ikan pilihan (seperti ikan tenggiri, kembung, atau pari)
  • Bendi secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Tambahkan halba, serai yang diketuk dan lengkuas. Tumis sehingga garing. Lagi lama ditumis, lagi sedap rasanya.

3. Masukkan air asam jawa atau asam keping yang dicampur air. Kacau rata.

4. Laraskan kepekatan kuah mengikut selera anda (pekat atau cair).

5. Tambahkan daun kesum atau daun limau purut, garam, dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

6. Masukkan bendi ke dalam kuah dan biarkan seketika.

7. Kemudian, masukkan ikan yang telah dilumur sedikit serbuk kunyit (untuk menjadikan ikan kelihatan lebih menarik).

8. Kecilkan api dan biarkan ikan meresap ke dalam kuah untuk menghasilkan rasa yang harmoni.

Untuk Daging atau Ayam:

1. Tambahkan 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging ke dalam pes tumisan.

2. Masukkan ayam atau daging terlebih dahulu ke dalam pes yang telah dimasak.

3. Tuangkan air asam jawa sedikit demi sedikit, biarkan air semulajadi dari daging atau ayam keluar.

4. Kemudian, tambahkan air sehingga kuah mencapai kepekatan yang diingini.

Tip Tambahan:

  • Jika ingin rasa lebih pedas, tambahkan 1 sudu kecil lada hitam ke dalam bahan kisar.
  • Untuk memastikan ikan tidak hancur dan kekal berseri, lumur sedikit serbuk kunyit sebelum dimasukkan ke dalam kuah.

Sumber: Nor Izzuana Izhar

Aisha Qistina

Recent Posts

Resepi Perapan Ayam Bakar Sedap, Masak Guna Air Fryer Hasilnya ‘Juicy’!

Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…

44 mins ago

Resepi Puteri Ayu Sukatan Cawan, Gebu Elok Siap Semerbak Bau Pandan!

Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…

2 hours ago

Resipi Kek Batik Mudah, Penuh Rasa Coklat & Rangup Memang Tak Cukup Satu!

Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…

3 hours ago

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

19 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

20 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

20 hours ago