asam pedas ayam

Selalu kita masak asam pedas ikan je kan? Kali ini jom cuba masak asam pedas ayam pula.

Resipi asam pedas ayam sama je dengan asam pedas ikan atau daging yang biasa kita masak tu. Cuma kali ini kita ganti guna ayam.

Bila ayam masak, rasa memang padu sebab kuah asam pedas akan menyerap masuk ke dalam ayam tu.

Cara memasaknya juga sangat mudah dan tidak renyah. Anda boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan Rosni ini.

CARA BUAT ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili kering yang besar – direbus dahulu
  • Sedikit belacan
  • Sedikit lada hitam
  • Air secukupnya

Bahan untuk menumis:

  • Minyak
  • Sedikit halba
  • Bahan kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Ayam 1 ekor potong 16
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Pasti Sedap
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 batang bunga kantan
  • 5 helai daun limau purut – dibuang tulangnya
  • 1 ikat daun kesum – dibuang batang
  • 1 biji buah tomato – potong 6

Cara memasak:

  1. Panaskan periuk, tuangkan sedikit minyak.
  2. Bila minyak dah panas, masukkan sedikit halba serta bahan-bahan yang telah dikisar.
  3. Masak sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, tambah sedikit air. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
  4. Seterusnya masukkan ayam satu persatu.
  5. Kacau-kacau sedikit dan tutup periuk. Biarkan seketika.
  6. Bila ayam dah separuh masak, masukkan gula, garam dan serbuk pasti sedap. Kacau rata.
  7. Masukkan serai, bunga kantan dan daun limau purut.
  8. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato.
  9. Apabila kuah sudah mendidih, sesuaikan rasa dan kacau sebati. Siap!

Kredit: Wan Rosni

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN