
Apam unicorn atau lebih dikenali sebagai apam mekar kembang setaman ini memang antara kuih yang nampak cantik dan selalu jadi perhatian. Walaupun nampak rumit, sebenarnya resipi ini boleh dibuat tanpa menggunakan minuman soda pun, hasilnya tetap gebu dan mekar kalau kena cara.
Kuih ini terkenal dengan rupa “bunga mekar” di bahagian atas yang berwarna-warni, menjadikannya lebih menarik terutama bila dihidangkan untuk majlis atau minum petang. Rahsia utama apam unicorn ini terletak pada teknik pukulan adunan yang betul dan juga timing kukusan yang tepat.
Kalau sebelum ini ramai sangka apam mekar hanya boleh jadi cantik dengan bahan tertentu, resipi ini buktikan sebaliknya. Dengan bahan ringkas sahaja, anda masih boleh hasilkan apam unicorn yang lembut, gebu dan naik cantik kembang.
Baca juga: Resipi Kuih Ketayap Gebu & Wangi Pandan, Guna Sukatan Cawan Saja Senang Nak Ikut!
RESIPI APAM UNICORN KEMBANG SETAMAN

Bahan-bahan:
- 4 biji telur gred A
- 500 gram tepung gandum
- 400 gram susu segar (sejuk dari peti ais)
- 360 gram gula pasir
- 1 sudu besar ovalette
- Sedikit esen vanilla
- Pewarna makanan (ikut pilihan, guna sedikit sahaja)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar. Pukul menggunakan mixer selama 5 minit pertama pada kelajuan rendah.
- Kemudian naikkan kepada kelajuan tinggi dan terus pukul sehingga adunan betul-betul kembang, gebu dan fluffy lebih kurang 10–15 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna makanan. Gaul perlahan. Gunakan warna lembut supaya hasil apam nampak lebih cantik dan “unicorn vibes”.
- Isikan adunan ke dalam cup sehingga penuh untuk dapatkan kesan apam mekar yang cantik bila dikukus nanti.
- Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Balut penutup dengan kain bersih supaya wap air tidak menitis ke atas adunan.
- Susun acuan dalam kukusan dengan jarak sedikit supaya wap boleh naik dengan baik dan membantu apam kembang cantik.
- Kukus selama 4 minit sahaja dengan api besar. Jangan lebih masa kerana apam boleh terus kecut selepas dibuka penutup.
- Nota Penting
Pastikan adunan dipukul sehingga benar-benar kembang dan fluffy. Selain itu, masa mengukus sangat penting, hanya 4 minit sahaja untuk dapatkan hasil apam unicorn yang mekar cantik. Kalau terlebih masa, hasilnya boleh jadi kuncup.
Sumber: Ain Kamis
Baca juga: Resipi Roti Boy Segebu Kapas, Letak ‘Bahan Ini’ Untuk Hasil Lembut Berhari-Hari
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














