Categories: Resipi

Apam Gula Hangus Yang Lembut & Gebu Macam Span, Resipi Mudah Yang Confirm Jadi!

Resipi apam gula hangus ini antara kuih kukus paling senang untuk dibuat tetapi hasilnya sangat lembut, gebu dan wangi karamel. Teksturnya macam span bila dikukus dengan betul. Resipi ini juga tak guna banyak bahan, memang sesuai untuk minum petang.

Yang menariknya, apam gula hangus sedap dimakan panas ataupun sejuk. Rasanya manis lemak dan tidak muak, jadi anak-anak pun memang suka. Kalau pertama kali cuba pun menjadi sebab langkahnya sangat mudah.

Resipi ini hanya perlukan pengisar, campur dan kukus. Dalam 15 minit saja dah siap satu hidangan kuih kukus yang wangi. Sesuai dijadikan snack di rumah, bawa ke tempat kerja atau buat untuk jamuan kecil.

Baca juga: Resipi Apam Tepung Beras Tanpa Nasi Sejuk, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu Bila Dimakan!

RESIPI APAM GULA HANGUS LEMBUT DAN GEBU MACAM SPAN

Bahan-bahan gula hangus:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar mentega

Cara membuat gula hangus:

  1. Masak gula atas api sederhana sehingga cair dan bertukar warna perang (karamel).
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau dengan spatula atau senduk kayu sehingga gula dan air sebati.
  3. Tutup api, kemudian masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair sepenuhnya.

Bahan-bahan apam:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara membuat apam:

  1. Kisar telur hingga kembang.
  2. Tuang gula hangus yang sudah sejuk tadi.
  3. Masukkan susu pekat manis dan minyak, kemudian kisar lagi.
  4. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil blend hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Isi adunan hingga separuh acuan.
  7. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Kek Apam Coklat Lembut & Gebu, Ini Rahsia Supaya Tak Ada Bau Hanyir Telur Langsung!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

18 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

19 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

20 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

21 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

24 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

1 day ago