Teringin nak makan apam balik nipis untuk berbuka? Tetapi jika beli di bazar Ramadan, waktu berbuka nanti mesti apam sudah lemau dan tidak rangup lagi.
Ha, jangan risau! Jom kita cuba buat sendiri apam balik di rumah. Cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah didapati.
Bila hampir waktu berbuka, baru kita masak adunan di atas dapur supaya dapat dimakan semasa masih panas dan rangup. Umphh, sedapnya!
Baca juga: Cara Buat Kuih Manja Macam Kat Pasar Malam, Sekali Ngap Gerenti Nak Lagi!
Cara Buat Apam Balik Nipis Rangup
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan gula*
- 1 sudu kecil yis*
- 1/2 cawan air suam*
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecik soda bikarbonat
- Sedikit garam
- 1 biji telur saiz kecik
- 1 cawan susu segar (kalau tak ada, ganti air kosong)
Bahan tabur:
- Jagung
- Kacang tanah – sangai & tumbuk kasar
- Gula
- Sedikit marjerin
Cara-cara penyediaannya:
1. Campurkan bahan bertanda (*) iaitu gula, yis dan air suam di dalam satu cawan. Tutup permukaan cawan dan biarkan selama 5 minit sehingga naik berbuih.
2. Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan semua baki bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Tuangkan juga campuran yis tadi dan kacau sebati. Biarkan dalam 30 minit.
3. Kemudian sedia untuk dimasak. Sediakan kuali anti lekat (tak perlu sapu minyak), gunakan api perlahan. Tuangkan 1 senduk adunan ke pada permukaan kuali.
4. Bila nampak separuh kering, taburkan gula, jagung dan kacang tanah. Bila dah masak, lipat kepada dua.
5. Dah siap masak, sapukan sedikit marjerin pada kulit apam balik. Nak lebih rangup, tuangkan sedikit saja adunan semasa dimasak. Selamat mencuba!
Kredit: Aznie Khasri
Baca juga: Murtabak Mini Ala-ala Bazar Ramadan, Balut Guna ‘INI’, Memang Sedap Dan Rangup!