
Sesiapa yang pernah bercuti ke Thailand pasti masih ingat kesedapan air Green Tea di sana. Tapi, anda boleh buat sendiri air ini di rumah sebagai minuman berbuka puasa yang lazat.
Green tea ialah sejenis teh daripada daun teh Camellia sinensis yang tak melalui proses fermentasi. Bagi mengekalkan warna hijaunya, daun teh akan dikukus dan dikeringkan saja.
Dengan rasa ringan dan sedikit manis, ia sesuai dijadikan sebagai minuman berbuka puasa yang menyegarkan. Tambahan pula, minuman ini sering dicari di bazar pada bulan Ramadan.
NH Yma Nisma telah kongsikan cara buat air Green Tea di Facebook yang mendapat perhatian ramai kerana hasilnya mampu membuatkan tekak tergoda. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum
RESIPI AIR GREEN TEA

Bahan-bahan:
- 5 sudu makan daun teh
- 1 cawan air panas
- ¾ tin susu sejat
- ½ tin susu pekat
- 100ml susu kotak full cream
- Sedikit garam
- Ais
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan daun teh ke dalam bekas atau cawan.
2. Selepas itu, tuangkan air mendidih dan biarkan selama 5 minit.
3. Kemudian, tapis dan ambil airnya saja.
4. Tambahkan susu pekat dan sedikit garam ke dalam air teh hijau tadi, kemudian gaul sebati.
5. Seterusnya, masukkan ais ke dalam jug.
6. Setelah itu, tambahkan susu full cream, bancuan teh hijau tadi dan susu tin sejat.
7. Akhir sekali, kacau sampai sebati. Siap untuk dinikmati!

Semasa buat air Green Tea ini, anda boleh selaraskan penggunaan susu pekat mengikut selera masing-masing. Paling penting, buat sendiri lebih terasa kepuasannya.
Nak buat minuman ini bertambah sedap, anda boleh letakkan aiskrim vanilla yang lazat di atasnya. Rasanya lebih berkrim dan kami yakin keluarga anda akan menyukainya.
Selamat mencuba!
Sumber: NH Yma Nisma
Baca juga: Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














