resepi yong tau fu

Kali ini, kami ingin kongsikan resepi yong tau fu sumbat isi ayam yang ringkas tetapi sangat sedap. . Dengan gabungan sayuran segar dan isi ayam yang lembut serta berperisa, hidangan ini sesuai dijadikan dapan atau menu ringan pada bila-bila masa.

Selain boleh digoreng, resepi yong tau fu ini juga boleh dikukus untuk versi yang lebih sihat. Tekstur isi ayam yang lembut dan berperisa membuatkan setiap gigitan terasa memuaskan, malah sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

Baca juga: Resipi Sambal Kicap Pekat Yang Mak-Mak Pasti Suka, Guna 3 Bahan Saja Pun Menjadi

RESEPI YONG TAU FU SUMBAT ISI AYAM

resepi yong tau fu

Bahan-bahan (Isi Ayam):

  • 250 gram dada ayam cincang
  • 1 sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Daun bawang dicincang

Bahan-bahan (Sayuran/Tauhu):

  • Terung
  • Bendi
  • Peria
  • Lada merah atau lada hijau
  • Tauhu

 Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam cincang, garam, lada putih, tepung jagung dan daun bawang ke dalam pengisar atau mangkuk. Gaul atau kisar hingga sebati. Masukkan telur jika mahu tekstur isi yang lebih padat dan lembut.
  2. Belah sayuran atau tauhu secara memanjang tanpa memutuskan sepenuhnya. Sumbatkan isi ayam ke dalam sayuran atau tauhu menggunakan sudu atau piping bag supaya lebih kemas.
  3. Untuk cara goreng, panaskan minyak dan goreng yong tau fu sehingga masak dan berwarna keemasan.
  4. Untuk cara kukus, susun yong tau fu di dalam pengukus dan kukus selama 10 hingga 15 minit sehingga isi ayam masak sepenuhnya.

Sumber: Kak Long Kitchen

Baca juga: Resipi Sira Labu Bersalut Cantik Dengan Gula, Rahsianya Jangan Letak ‘Bahan Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN