sayur bendi goreng

Kalau ada anak yang susah makan sayur, boleh cuba buat bendi goreng crispy ini. Rasa dan teksturnya memang lain daripada biasa. Luar rangup dan dalam lembut, sampai ramai yang tak sangka ia sebenarnya sayur.

Cara buat sayur bendi goreng rangup ini pun senang saja. Bancuh tiga jenis tepung dengan sedikit garam dan air, kemudian salut pada bendi sebelum digoreng. Bau waktu tengah goreng pun dah cukup buat orang terliur.

Paling menarik, rasa bendi yang digoreng macam ini seakan-akan ayam goreng. Memang sesuai dijadikan lauk sampingan atau kudapan. Sekali cuba, pasti akan ulang lagi!

Baca juga: Tauhu Goreng Crispy Semudah 5 Langkah, Sesuai Untuk Anak Yang Cerewet Makan Sayur

RESEPI SAYUR BENDI GORENG RANGUP

sayur bendi goreng

Bahan-bahan:

  • Bendi – dibelah dua (tak perlu buang biji)
  • Tepung ayam goreng segera
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

  1. Campurkan tepung ayam goreng segera, tepung gandum dan tepung jagung dalam satu mangkuk.
  2. Tambahkan sedikit garam dan perasa pilihan.
  3. Bancuh dengan air. Jangan terlalu cair, biar adunan agak likat supaya tepung mudah melekat pada bendi.
  4. Belah bendi dua, kemudian masukkan ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga semua bahagian bendi bersalut tepung.
  5. Panaskan minyak dan goreng bendi hingga kuning keemasan.
  6. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!

Sumber: Sha Eshaal

Baca juga: Resipi Bayam Merah Goreng Belacan, Masak Cara Ini Supaya Sayur Tak Layu & Warna Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN