resepi udang masak lemak

Setiap kali bercuti ke Negeri Sembilan, kita wajib cuba masakan lemak yang cukup padu di sana. Tapi sudahkan anda tahu tentang resepi Udang Masak Lemak Cili Api yang sedap?

Buat anda yang sukakan pedas pasti cukup menggemari Udang Masak Lemak Cili Api. Lauk ini cukup terkenal dengan rasa lemaknya bersama udang yang sangat menyelerakan.

Tak dinafikan apa saja hidangan berasaskan udang atau seafood memang sedap. Paling nikmat apabila dapat makan nasi yang panas berlaukkan Udang Masak Lemak Cili Api.

Jika anda mahukan resepi Udang Masak Lemak Cili Api yang ringkas tapi sedap, anda boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh مامي عايشه di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Udang Masak Sos Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!

RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI API

resepi udang masak lemak

Bahan bahan:

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 10 cili api
  • 3 bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Sedikit air asam jawa
  • Daun kunyit (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)

Cara-cara:

1. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.

2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang telah dipanaskan.

3. Tunggu sehingga cili masak kemudian masukkan santan cair.

4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jawa, santan pekat dan serai.

5. Tunggu sehingga mendidih sekali lagi, kemudian masukkan udang dan akhir sekali hirisan daun kunyit.

6. Masukkan sedikit garam dan secukup rasa. Siap!

resepi udang masak lemak

Walaupun jalan kerjanya tak terlalu banyak, tapi resepi Udang Masak Lemak Cili Api ini cukup sempurna di tekak. Senang cerita, cukup lemak dan pedasnya!

Jika anda nak kurangkan pedas, anda cuma perlu kurangkan cili api saja. Ia tetap sedap dan bakal buat selera sesiapa saja terangkat.

Jika anda nak variasikan masakan, boleh tukar udang dengan ayam, ikan atau daging. Mudah bukan?

Selamat mencuba!

Sumber: مامي عايشه

Baca juga: Resipi Udang Masak Merah Stail Thai, Kalau Kering Idea Boleh Cuba Masak Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN