resepi tteokbokki

Peminat makanan Korea pasti pernah dengar tentang resepi Tteokbokki dan kali ini kami sudah jumpa versi yang orang Malaysia buat.

Snek yang sangat popular di Korea ini juga dipanggil dengan sebutan teokbokki, ddeokbokki, topokki dan dukboki yang merupakan kek beras lembut, kek ikan dan sos cili merah manis.

Baca juga: Resepi Oden Viral Terpantas Dalam Masa 5 Minit, Kuah Begini Lagi Padu!

Walaupun tak berada di Korea, anda masih boleh memakannya dengan resepi Tteokbokki yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di Facebook ini. Jom kita cuba!

RESEPI TTEOKBOKKI VERSI MALAYSIA

resepi tteokbokki

Bahan-bahan Tteokbokki:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak bijan
  • Air suam

Cara-cara membuat Tteokbokki:

1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.

2. Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.

3. Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.

4. Setelah dikukus, rendamkan Tteokbokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.

Bahan-bahan kuah Tteokbokki:

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi
  • Sosej (dihiris)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • Sos pedas Korea Adabi (tambahan jika nak lebih pedas)
  • 1 sudu kecil stok ayam

Cara-cara membuat kuah Tteokbokki:

1. Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga bau wangi.

2. Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, 1 sudu besar: sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi).

3. Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas-pedas manis.

4. Masukkan Tteokbokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit. Siap untuk dihidang!

resepi tteokbokki

Resepi Tteokbokki anda akan nampak lebih menarik jika dihidangkan bersama telur rebus dan taburan biji bijan. Apabila makan, memang tak berhenti dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resepi Mochi Guna 5 Bahan, Tak Payah Kukus Tetap Lembut Jadinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN