Categories: Resipi

Resipi Tomyam Putih Ringkas Tanpa Pes, Rasa Lebih Masam Pedas Berlemak Barulah ‘Kick’!

Resipi tomyam putih tanpa pes ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati tomyam ala Thai dengan kuah yang masam, pedas dan berlemak. Menariknya, hidangan ini boleh disediakan menggunakan bahan-bahan segar yang mudah didapati di dapur.

Tak perlu menggunakan pes tomyam segera kerana rasa kuahnya datang daripada gabungan cili padi, serai, daun limau purut dan air limau nipis. Penambahan susu cair pula menjadikan kuahnya lebih berlemak dan menghasilkan warna putih yang menyelerakan.

Kalau suka makan tomyam bersama nasi putih panas, resipi ini memang boleh dicuba. Cara penyediaannya juga tidak rumit, jadi sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam untuk seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Sup Ikan Tom Kha Ala Thai, Kuah Santan Wangi & Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

RESEPI TOMYAM PUTIH

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Bawang holland (dibelah empat)
  • Cili padi (diketuk)
  • Tomato (dibelah empat)
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Air limau nipis
  • Bunga kubis
  • Daun ketumbar
  • Susu cair
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, akar ketumbar dan cili padi sehingga naik bau serta kekuningan.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Tumis sehingga ayam berubah warna dan masak.
  3. Masukkan tomato dan tumis sehingga tomato menjadi lembut serta hancur.
  4. Tuangkan air secukupnya, kemudian masukkan serai dan daun limau purut. Biarkan kuah mendidih supaya aroma bahan-bahan tersebut meresap.
  5. Apabila kuah mendidih, masukkan air limau nipis, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau rata dan sesuaikan rasa mengikut selera.
  6. Masukkan bunga kubis, bawang holland dan daun ketumbar. Biarkan kuah mendidih sekali lagi sehingga sayur mula masak.
  7. Akhir sekali, tuangkan susu cair dan kacau perlahan-lahan. Apabila kuah kembali panas, tutup api.
  8. Siap! Hidangkan tomyam putih tanpa pes bersama nasi putih panas.

Tip: Masukkan susu cair pada peringkat akhir dan elakkan mendidihkan kuah terlalu lama selepas itu supaya tekstur kuah lebih elok. Air limau nipis juga boleh ditambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat rasa masam yang sesuai dengan selera.

Sumber: Nurul Nadhirah Zulkifli

Baca juga: Resepi Siakap Mangga Ala Thai, Rahsia Sos Segar Ini Buat Ramai Tak Henti Tambah Nasi!

Wan N

Recent Posts

‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…

38 mins ago

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

5 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

6 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

7 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

8 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

9 hours ago