resepi tomyam putih simple

Hidangan hari ini terasa ingin masak Tomyam pula. Jika sudah biasa dengan Tomyam Merah, apa kata hari ini anda cuba resepi Tomyam Putih simple dan sedap pula?

Pada asasnya terdapat dua jenis Tomyam iaitu merah dan putih. Apa yang membezakan kedua-duanya adalah pada tekstur kuah.

Kuah Tomyam Merah biasanya sedikit pekat dan berminyak, manakala kuah Tomyam Putih pula agak cair. Rasanya masam dan pedas yang cukup memikat.

Umi Watie telah kongsikan resipi Tomyam Putih simple dan sedap. Menu sebegini sangat bagus untuk mereka yang mengamalkan diet sihat.

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

RESEPI TOMYAM PUTIH SIMPLE

resepi tomyam putih simple

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil-kecil)
  • Lengkuas (dihiris)
  • Bawang Holland (dihiris)
  • Serai (diketuk)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Jus limau
  • Cili api (dibelah dua)
  • Tomato (dibelah 6 atau 8)
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar atau ketumbar jawa

Cara-cara:

1. Masukkan hirisan lengkuas dan bawang Holland, serai dan bawang putih yang diketuk.

2. Masukkan air mengikut kadar kuah yang dikehendaki, kemudian biarkan mendidih.

3. Masukkan ketulan ayam, jika nak masukkan udang dan sotong pun boleh.

4. Apabila kuah telah mendidih, masukkan jus limau ikut tahap masam yang disukai.

5. Setelah itu, masukkan cili api yang dibelah dua atau diketuk. Jika kurang suka pedas, letak sedikit saja. Jika gemar pedas, boleh letak lebih.

6. Masukkan tomato yang dibelah 6 atau 8, kemudian perasakan dengan sesudu gula, tak perlu banyak.

resepi tomyam putih simple

7. Masukkan juga garam secukup rasa. Jika nak lebih sedap, masukkan sos sotong atau sos ikan secukupnya. Boleh sesuaikan garam sebab sos ikan dah masin.

8. Letakkan daun limau purut. Koyak-koyakkan daun agar keluar aromanya.

9. Nak lebih beraroma, masukkan daun ketumbar. Di sini ada ketumbar jawa. Sama juga rasanya. Siap untuk dihidang!

Manalah tahu tekak teringin hidangan berkuah, bolehlah cuba resepi Tomyam Putih simple ini. Memang kena dengan citarasa kita.

Selamat mencuba!

Sumber: Umi Watie

Baca juga: Rahsia Tomyam Putih Sedap, Rupanya Masukkan AIR Ini Bagi Rasa Lagi Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN