Categories: Resipi

Resipi Tom Yam Campur, Sebiji Macam Kedai Siam Kalau Letak ‘Susu’ Ini

Resepi tomyam campur ala kedai Siam ini memang padu, tak payah susah-susah pergi kedai. Selain itu, resipi ini juga tak perlu kisar atau tumis. Cuma campak semua bahan dalam periuk dan sekejap saja dah siap masak!

Hidangan ini juga lagi nikmat jika dimakan waktu hujan. Bayangkan, cuaca sejuk dan anda menikmati tom yam panas yang pedas. Lagi lazat kalau ada telur dadar yang gebu! Kalau ada yang nak cuba, boleh lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

RESEPI TOMYAM CAMPUR

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Akar daun ketumbar
  • Serai
  • Halia (guna lengkuas lagi sedap)
  • Daun limau purut
  • Cili api (jika suka pedas)
  • Ayam
  • Pes tomyam
  • Thai cili paste
  • Air limau
  • Sos ikan
  • Tomato
  • Sayuran yang disukai
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Seafood yang disukai
  • Susu cair

Cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan bawang merah, bawang putih, akar daun ketumbar, serai dan halia dalam air mendidih.

2. Masukkan daun limau purut yang sudah dibuang tangkai tengah (supaya tak pahit bila masak).

3. Letakkan juga cili api kalau suka pedas.

4. Masukkan ayam mengikut kuantiti yang dimahukan dan bahagian ayam yang disukai.

5. Selepas itu, masukkan pes tomyam.

6. Jangan lupa letakkan thai cili pes kalau nak rasa sama macam kedai tomyam thai.

7. Masukkan air limau. Lagi sedap jika perah limau nipis segar.

8. Letakkan juga sedikit sos ikan, jangan letak banyak.

9. Seterusnya, masukkan tomato dan sayur-sayuran yang disukai.

10. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya mengikut selera masing-masing.

11. Tip tambahan, masukkan seafood pada akhir sekali supaya tak liat dan tak kecut. Jangan masukkan awal.

12. Akhir sekali, masukkan susu cair dan tutup api.

13. Sedia untuk dihidangkan dan selamat menikmatinya!

Kredit: Nor Farah Atika

Baca juga: Cara Masak Kuetiau Kungfu Tomyam, Serius Sedap Memang Lain Macam!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

16 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

16 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

17 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

18 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

18 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

18 hours ago