Apabila bangun pagi, perkara pertama yang kita akan fikirkan adalah tentang sarapan. Jika tiada idea, anda boleh cuba resepi Roti Sardin Gulung yang sangat sedap pada hari ini.
Roti Sardin Gulung merupakan antara makanan popular di kantin sekolah. Setiap kali waktu rehat tiba, kita pasti takkan lepaskan peluang untuk membelinya.
Ramai begitu tertarik dengan resepi Roti Sardin Gulung yang telah dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi di Facebook kerana hasilnya kelihatan sungguh rangup. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, sediakan inti sardin dan letakkan atas roti, kemudian gulung.
2. Bagi menyediakan adunan tepung, campurkan semua bahan terlebih dahulu.
3. Selepas itu, kacau sebati tapi pastikan adunan jangan pekat dan cair sangat.
4. Kemudian, masukkan hirisan daun bawang dan kacau sebati lagi.
5. Apabila minyak untuk menggoreng sudah betul-betul panas, tuangkan dalam 2 sudu minyak ke dalam adunan tepung tadi (masukkan minyak supaya roti jadi rangup) dan kacau sebati.
6. Akhir sekali, celupkan roti ke dalam adunan tepung dan bolehlah mula menggoreng sehingga warnanya kuning keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Dalam resepi Roti Sardin Gulung, anda dinasihatkan supaya jangan kerap balik-balikkan sewaktu menggorengnya dalam minyak yang panas sebab takut roti akan serap minyak nanti.
Bukan saja sesuai dibuat sarapan, malah anda nak jadikan Roti Sardin Gulung ini sebagai hidangan minum petang pun boleh kerana ia memang sedap dinikmati pada bila-bila masa.
Selamat mencuba!
Sumber: Noraslinda Md Radzhi
Baca juga: Tak Nak Sardin Roll Terbuka Semasa Goreng, Guna Teknik Gulung Mudah Ini!
Bagi penggemar masakan kampung, siput sedut sememangnya antara hidangan yang cukup menyelerakan. Namun, sebelum dimasak,…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…
Biasa makan tomyam ayam atau tomyam seafood? Apa kata kali ini cuba pula resepi ikan…
Kuih lompang sukatan cawan antara resipi kuih tradisional yang mudah dibuat sendiri di rumah. Rasanya…
Resepi kek pisang mudah ini mempunyai kelainan tersendiri dengan penggunaan mentega perang atau brown butter…