Categories: Resipi

Resipi Toast Blueberry Custard, Rangup Di Tepi Dengan Tekstur Lembut Berkrim Di Tengah

Resepi toast blueberry custard yang mudah, sedap dan nampak menarik ini wajib cuba jika anda peminat roti. Gabungan roti wholemeal, kastard berkrim dan blueberry yang sedikit cair selepas dibakar memang sesuai untuk sarapan atau minum petang.

Menariknya, roti ini tak perlu digoreng dalam minyak. Hanya sediakan adunan kastard , susun atas roti dan masukkan ke dalam air fryer. Bahagian tepi roti akan jadi lebih rangup dan rapuh, manakala bahagian tengah pula lembut dengan kastard yang berkrim.

Adunan ini boleh menghasilkan kira-kira 3 hingga 4 keping toast, bergantung pada saiz roti. Kalau tiada blueberry, boleh juga gantikan dengan strawberry atau buah pilihan lain yang disukai.

Baca juga: Resipi Roti Bun Sosej Kayangan, Sekali Buat Terus Jadi Menu ‘Favourite’ Anak-Anak

RESEPI TOAST BLUEBERRY CUSTARD

Bahan-bahan:

  • 3-4 keping roti wholemeal
  • 2 biji telur
  • ½ cawan susu segar
  • 1 cawan yogurt plain
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • Sedikit esen vanila
  • Blueberry secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan telur, susu segar, yogurt plain, serbuk kayu manis dan esen vanila ke dalam mangkuk.
  2. Kacau semua bahan sehingga sebati dan menjadi adunan kastard.
  3. Ambil dua keping roti dan tekan bahagian tengah menggunakan belakang sudu. Tinggalkan bahagian tepi supaya terbentuk seperti bingkai.
  4. Tuangkan adunan kastard ke bahagian tengah roti yang telah ditekan tadi. Jangan terlalu penuh supaya adunan tidak melimpah ketika dibakar.
  5. Susun blueberry di atas kastard mengikut cita rasa.
  6. Masukkan roti ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 160°C selama 25 minit.
  7. Apabila blueberry mula pecah dan mengeluarkan jusnya serta bahagian tepi roti kelihatan rangup, toast sudah boleh dikeluarkan.
  8. Biarkan seketika sebelum dihidangkan. Sedap dinikmati ketika masih suam!

Sumber: Syaz Jannah

Baca juga: Resipi Roti Bun Burger Inti Ayam ‘Creamy’ Berkeju, Dari Menu Biasa Jadi Luar Biasa Sedapnya!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

29 minutes ago

Cara Buat Apam Pisang Kukus Supaya Jadi Lembut, Gebu Dan Kembang Cantik!

Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…

1 hour ago

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

3 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

3 days ago