resepi tempe goreng

Kalau tengah fikir nak masak lauk simple tapi tetap membuka selera, jom cuba resepi tempe goreng berlado yang dijamin buat anda tambah nasi.

Walaupun bahan-bahannya ringkas, kombinasi tempe dan kentang rangup dengan sambal pedas manis memang cukup ngam.

Baca juga: Resipi Tauhu Garam Cili Sedap & Mudah Dibuat, Makan Panas-Panas Memang Terangkat!

RESEPI TEMPE GORENG BERLADO

resepi tempe goreng

Bahan-bahan:

  • Tempe (dipotong ikut gaya kegemaran, digoreng dan ketepikan)
  • Kentang (dipotong ikut suka, digoreng dan ketepikan)

Bahan kisar (kering):

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang cili merah
  • 10 batang cili padi (boleh kurang atau lebih ikut tahap pedas)
  • ½ biji tomato (jika tiada pun tak mengapa)

Bahan perasa:

  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Sedikit cuka atau asam keping
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng tempe dan kentang tadi.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak serta naik bau wangi.
  3. Bila sambal dah sedikit garing, masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan garam, gula, sos tiram dan cuka secukup rasa. Kacau rata dan biarkan seketika supaya semua bahan mesra dengan sambal.
  5. Bila dah cukup rasa, boleh tutup api dan hidangkan.

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Resipi Tauhu Berlauk Lembut & Berjus, Memang Ngam Cicah Sambal Kicap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN