resepi tauhu

Resepi tauhu berlauk ini sangat mudah untuk dibuat. Sesuai dijadikan lauk atau diratah begitu sahaja. Makan dengan kicap lagi ngam!

Siapa yang pertama kali nak cuba pun pasti menjadi, sebab resipi ini cukup senang. Hasilnya memang lembut dan berjus bila digigit.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Fatin Hanisah di bawah.

Baca juga: Cara Buat Egg Tofu Homemade Guna 2 Bahan, Teksturnya Lembut & Licin Elok!

RESEPI TAUHU BERLAUK AYAM

resepi tauhu

Bahan-bahan kisar:

  • 4 ketul tauhu petak
  • Isi ayam (ikut suka berapa banyak)
  • Garam secukup rasa
  • Separuh kiub ikan bilis
  • 4 biji telur

Bahan-bahan cincang:

Cara-cara:

  1. Mula-mula, kisar tauhu petak, isi ayam, garam, kiub ikan bilis dan telur hingga sebati. Pastikan teksturnya cukup halus dan rata.
  2. Sementara itu, cincang daun sup, daun bawang dan cili kecil-kecil sebelum dicampurkan ke dalam adunan kisar tadi.
  3. Setelah semua bahan dicampurkan, masukkan adunan ke dalam bekas kukus dan kukus selama kira-kira 20-30 minit atau sehingga adunan tersebut menjadi padat dan pejal seperti seketul.
  4. Setelah dikukus, anda akan perasan ada sedikit air yang terkumpul. Tapis air tersebut untuk mengelakkan tauhu berlauk menjadi terlalu lembik. Setelah itu, boleh kerat tauhu berlauk tersebut mengikut saiz yang diinginkan.
  5. Jika anda ingin menikmati tauhu berlauk dengan sedikit kelainan, celupkan setiap ketulan tauhu berlauk dalam telur terlebih dahulu, kemudian gorengkan dalam minyak panas hingga keemasan. Ini akan memberikan tekstur luar yang rangup dan rasa yang lebih sedap.

Siap! Tauhu berlauk ini boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai hidangan sampingan dengan nasi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Fatin Hanisah

Baca juga: Resipi Egg Tofu Masak Sos Tiram, Ini Petua Elak Tauhu Melekat & Hancur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN