Menu telur rebus air asam ini memang sangat sedap. Patutlah ‘viral’ dan ramai yang telah mencubanya.
Bukan saja lazat, malah cara penyediaannya juga cukup ringkas dan hanya menggunakan beberapa bahan mudah.
Kalau ada yang terliur dan mahu cuba membuatnya, mari lihat resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Puan Norlela Baharudin di bawah.
Baca juga: Resipi Telur Rebus Goreng Balado, Sesuai Untuk Yang Nak Jimat Tapi Makan Sedap!
RESEPI TELUR REBUS AIR ASAM
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Telur
- Air asam jawa
- Tomato
- Bawang besar
- Cili api
- Cili merah
- Sedikit belacan
- Kerisik
- Gula
- Garam
Cara memasak:
1. Cuci telur sehingga hilang semua kekotoran pada kulit telur. Kemudian rebus di dalam air mendidih. Kalau mahu tekstur telur yang lembut, rebus sekejap saja.
2. Bila dah siap rebus, lalukan telur pada air paip yang mengalir untuk hentikan proses telur menjadi lebih keras. Telur juga mudah untuk dikupas.
3. Racik bahan-bahan ini iaitu tomato, bawang besar, cili api, cili merah dan belacan. Pastikan belacan tidak berketul.
4. Kemudian, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rata. Gaul sehingga semuanya bercampur rata dan sebati.
5. Belah telur dan curahkan air asam tadi. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Norlela Baharudin
Baca juga: Cara Masak Telur Rebus Dalam Air Fryer, 10 Minit Siap!