Categories: Resipi

Cara Buat Telur Mata Masam Manis, Lauk Simple Tapi Rasa ‘Kayangan’

Kadang-kadang, kita dah buntu nak masak lauk apa yang ringkas tapi sedap. Apa kata jom cuba resepi telur mata masam manis ini. Sesuai untuk yang nak cepat tapi tetap menyelerakan!

Lauk ini nampak simple saja, tapi rasa dia padu habis. Kuah masam manis yang pekat-pedas tu memang ngam dimakan dengan nasi panas-panas. Tambah pula dengan sayur campur, timun dan tomato, memang cukup lengkap!

Paling best, bahan-bahan dia pun senang nak cari. Kebanyakannya memang dah ada dalam dapur. Tak perlu pening kepala. Jom kita tengok cara nak buat di bawah!

Baca juga: Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!

RESEPI TELUR MATA MASAM MANIS

Bahan-bahan:

  • Telur (ikut jumlah yang diingini)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • ½ inci halia*
  • 2 biji cili besar*
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • ½ biji timun (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Mixed vege (sayur campur beku)
  • Sedikit madu atau gula
  • Garam dan perasa tambahan (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya

Bahan bertanda * perlu dikisar halus.

Cara penyediaan:

  1. Goreng telur mata seperti biasa, kemudian ketepikan.
  2. Kisar semua bahan bertanda * hingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  4. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos plum, madu atau gula, jus limau kasturi, garam dan perasa tambahan.
  6. Biarkan kuah mereneh sebentar.
  7. Masukkan tomato, timun dan sayur campur. Gaul rata.
  8. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air panas.
  9. Masukkan telur goreng dan gaul perlahan supaya tidak hancur.
  10. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Sunquick Susu

Baca juga: Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Kukus Tapi Hasilnya Memang Lembut!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

14 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

15 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

15 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

15 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

17 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

18 hours ago