Categories: Resipi

Resipi Ikan Bilis Goreng Dengan Telur Kicap Pedas, Menu Ringkas Tapi Padu Habis!

Kalau sebut pasal ikan bilis, memang banyak cara boleh dimasak. Ada orang suka buat sambal, ada juga yang suka goreng rangup untuk cicah saja.

Tapi kali ni, kita cuba resipi yang simple tapi tetap padu iaitu ikan bilis telur kicap pedas. Menu ini sangat sesuai untuk hari-hari bila kita nak masak cepat. Bahan pun senang cari, dan hasilnya memang membuka selera.

Bayangkan ikan bilis rangup yang digaul bersama kicap, telur goreng dan cili padi, makan pula dengan nasi panas. Memang bertambah nasi dibuatnya!

Tak perlu lauk banyak pun, cukup dengan resipi ringkas ini saja dah boleh buat perut kenyang dan puas hati. Jom kita tengok cara masaknya di bawah.

Baca juga: Resipi Telur Sos Pedas, Masak Guna Bahan Ringkas Tapi Boleh Buat Bertambah Nasi!

RESEPI IKAN BILIS RANGUP DENGAN TELUR KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan ikan bilis (digoreng rangup)
  • 2 biji telur (digoreng sebiji-sebiji)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 5–7 biji cili padi (dihiris, ikut tahap kepedasan)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit air

Cara memasak:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit air, garam, perasa dan kicap manis. Didihkan sebentar.
  3. Masukkan bilis rangup dan telur goreng. Gaul rata hingga sebati dengan kuah kicap.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Siti Zaleha Mohd Mujer

Baca juga: Resepi Telur Kurma Buat Satu Keluarga Berselera, Simple Tapi Penuh Dengan Rasa!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago