Categories: Tips & Petua

Tips Buat Telur Mata Kerbau Yang ‘Perfect’, Barulah Bulat Elok & Tak Mudah Pecah!

Ingin tahu resepi telur mata kerbau yang cantik dan sempurna? Mari ikuti tip dan kaedah yang dikongsikan di bawah ini.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk membuat telur goreng yang bulat elok dan kuning telurnya tidak pecah.

Jom sama-sama praktikkan salah satu dari dua kaedah ini untuk menyediakan telur goreng yang sama seperti di kedai makan.

Baca juga: Cara Masak Bubur Nasi Dengan Cepat & Cantik Kejadiannya, Ikut Tips Ini

RESEPI TELUR MATA KERBAU YANG SEMPURNA

1) Telur mata kerbau kedai makan style

Cara-caranya:

1. Sediakan kuali bersaiz kecil. Kemudian, tuangkan minyak masak ke dalam kuali tersebut. Pastikan kuantiti minyak melebihi paras telur yang akan digoreng nanti.

2. Biarkan minyak panas terlebih dahulu. Sambil itu, pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil. Elakkan memecahkan telur terus ke dalam kuali bagi memastikan kuning telur tidak pecah.

3. Apabila minyak sudah panas, masukkan telur ke dalam kuali dan biarkan seketika. Gunakan senduk, kaup minyak di dalam kuali dan jiruskan ke atas telur untuk memastikan bahagian atas telur masak.

4. Biarkan bahagian tepi telur garing sebentar sebelum diangkat. Jangan terbalikkan telur.

5. Jika bahagian atas telur sudah agak putih (kuning telur masih cair), bolehlah angkat telur tersebut dan sedia untuk dihidangkan.

2) Telur goreng kukus

Cara-caranya:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil. Elakkan memecahkan telur terus ke dalam kuali bagi memastikan kuning telur tidak pecah.

2. Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak masak. Lebih baik jika menggunakan kuali non-stick. Pastikan api tidak terlalu besar dan terlalu kecil.

3. Apabila kuali dan minyak sudah panas, masukkan telur ke dalam kuali secara perlahan-lahan.

4. Setelah itu, renjiskan sedikit air ke dalam kuali dan tutup dengan penutup kuali. Jika tiada penutup kuali, boleh gunakan mana-mana penutup lain yang sesuai dengan kuali anda. Wap air akan membantu mematangkan bahagian atas telur tanpa perlu membalikkannya.

5. Biarkan penutup kuali tersebut ditutup sekitar 30 saat. Buka penutup tersebut selepas 30 saat untuk melihat jika telur telah masak.

6. Jika ia masih belum masak, tutup kembali penutup dan biarkan selama 10 saat lagi.

7. Setelah telur mata kerbau masak, angkat dengan sudip secara berhati-hati dan siap untuk dihidang.

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago