resepi telur masak kicap

Ada banyak resipi mudah dan sedap yang sangat sesuai untuk dijadikan hidangan harian atau bekal ke tempat kerja. Antara menu tersebut adalah resepi telur masak kicap sos tiram.

Hidangan ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga hanya memerlukan bahan-bahan yang biasa ada di dapur.

Resipi ini juga boleh diubah mengikut cita rasa anda dengan menambah bahan lain seperti sayur-sayuran atau protein tambahan jika mahu.

Baca juga: Resipi Telur Itik Masak Lemak, Ini PETUA Elak Telur Pecah Dalam Kuah

RESEPI TELUR MASAK KICAP SOS TIRAM

Bahan-bahan:

  • Telur (boleh digoreng terlebih dahulu)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Cili besar (dikisar)
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Air (sedikit)
  • Cili merah (dipotong kecil)
  • Cili hijau (dipotong kecil)
  • Minyak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, dan cili besar hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis campuran bawang dan cili sehingga naik bau dan minyak kelihatan.
  3. Masukkan sos tiram ke dalam tumisan dan gaul rata. Kemudian, tambahkan kicap manis dan sedikit air. Kacau sehingga sos sebati dan sedikit cair.
  4. Letakkan telur goreng yang telah dipotong ke dalam kuali dan gaul bersama campuran sos.
  5. Tambahkan cili merah dan cili hijau yang dipotong kecil. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  6.  Sesuaikan rasa jika perlu. Hidangan siap untuk dihidangkan dan boleh dibawa sebagai bekal ke tempat kerja.

Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna

Baca juga: Tip Telur Air Asam Yang Sedap Menyengat, Wajib Buat SATU Langkah Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN