resepi telur air asam

Jika anda sedang mencari hidangan yang cepat dan mudah disediakan, resepi telur air asam salah satu menu yang boleh dicuba.

Tidak memerlukan bahan yang rumit atau cara memasak yang sukar, hanya beberapa langkah ringkas dan anda sudah boleh nikmati telur air asam yang lazat.

Jom kita lihat resipi penuh untuk membuat hidangan ini seperti perkongsian oleh Puan Mahfuzah Aidi di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Talapia Masak Pedas Thai, Rasa Pedas & Manis Pasti Memikat!

RESEPI TELUR AIR ASAM

Bahan-Bahan:

  • Telur ayam
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Lada cili (dihiris nipis)
  • Air asam jawa
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Perasa tambahan seperti ajinomoto (jika suka)

Cara Memasak:

  1. Rebus telur dalam air mendidih selama 5 minit untuk hasil separuh masak. Ini akan memberikan tekstur kuning telur yang lembut dan enak.
  2. Hiriskan bawang merah dan lada cili mengikut citarasa. Anda boleh menyesuaikan jumlah mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
  3. Campurkan air asam jawa pekat dengan sedikit air. Tambahkan gula dan garam mengikut cita rasa. Jika suka, anda boleh menambah perasa seperti ajinomoto. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut.
  4. Setelah telur direbus dan disejukkan, belah telur kepada dua bahagian. Tuangkan air asam jawa yang telah disediakan ke atas telur yang telah dibelah. Biarkan telur direndam dalam kuah air asam selama 5 hingga 10 minit supaya rasa kuah meresap ke dalam telur.
  5. Hidangkan telur air asam bersama nasi panas. Hidangan ini akan memberikan rasa yang segar dan memuaskan.

Kredit resipi dan gambar: Mahfuzah Aidi

Baca juga: Resipi Asam Pedas Rebus, Makan Nasi Dengan Kuah Banjir Memang Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN