Categories: Resipi

Resipi Teh Tarik Yang Padu & Pekat, Masak Guna Periuk Lagi Kaw Hasilnya!

Sekarang dah tak payah keluar rumah semata-mata nak minum teh tarik. Boleh buat sendiri dekat rumah. Malah lebih sedap, lebih bersih dan boleh ikut cita rasa sendiri.

Kalau nak rasa yang lebih padu, boleh cuba masak guna periuk. Bila semua bahan menggelegak elok, aroma dan rasa teh jadi lebih kaw dan menyengat!

Baca juga: Cara Buat Air Teh Bunga Longan Yang Mengiurkan, Sejuk Tekak Bila Dapat Minum!

RESEPI TEH TARIK PERIUK YANG KAW DAN PADU

Bahan-bahan:

  • 5-6 uncang teh pilihan
  • Air secukupnya
  • Susu cair (ikut cita rasa)
  • Susu pekat manis (ikut tahap kemanisan yang diingini)
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk dan didihkan air.
  2. Masukkan uncang teh dan biarkan sehingga menggelegak serta warna teh menjadi pekat dan gelap.
  3. Setelah itu, baru masukkan susu cair, susu pekat dan secubit garam.
  4. Sukatan susu boleh diubah ikut cita rasa, sama ada nak manis atau kurang manis.
  5. Kacau sebati dan teruskan memasak hingga mendidih.
  6. Siap untuk dihidang! Boleh tarik teh kalau nak buih lebih atau terus hidang begitu sahaja.

Tip: Kalau buat banyak, teh tarik ini boleh simpan dalam termos. Sesuai untuk majlis, jamuan atau minum petang.

Sumber resipi: Chek Kuna Ahmad

Baca juga: 7 Teh Herba Yang Terkenal & Baik Untuk Kesihatan, No.3 Paling Ramai Suka!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

6 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

8 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

9 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

10 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

10 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

10 hours ago