
Sekarang dah tak payah keluar rumah semata-mata nak minum teh tarik. Boleh buat sendiri dekat rumah. Malah lebih sedap, lebih bersih dan boleh ikut cita rasa sendiri.
Kalau nak rasa yang lebih padu, boleh cuba masak guna periuk. Bila semua bahan menggelegak elok, aroma dan rasa teh jadi lebih kaw dan menyengat!
Baca juga: Cara Buat Air Teh Bunga Longan Yang Mengiurkan, Sejuk Tekak Bila Dapat Minum!
RESEPI TEH TARIK PERIUK YANG KAW DAN PADU

Bahan-bahan:
- 5-6 uncang teh pilihan
- Air secukupnya
- Susu cair (ikut cita rasa)
- Susu pekat manis (ikut tahap kemanisan yang diingini)
- Secubit garam
Cara-cara:
- Sediakan periuk dan didihkan air.
- Masukkan uncang teh dan biarkan sehingga menggelegak serta warna teh menjadi pekat dan gelap.
- Setelah itu, baru masukkan susu cair, susu pekat dan secubit garam.
- Sukatan susu boleh diubah ikut cita rasa, sama ada nak manis atau kurang manis.
- Kacau sebati dan teruskan memasak hingga mendidih.
- Siap untuk dihidang! Boleh tarik teh kalau nak buih lebih atau terus hidang begitu sahaja.
Tip: Kalau buat banyak, teh tarik ini boleh simpan dalam termos. Sesuai untuk majlis, jamuan atau minum petang.
Sumber resipi: Chek Kuna Ahmad
Baca juga: 7 Teh Herba Yang Terkenal & Baik Untuk Kesihatan, No.3 Paling Ramai Suka!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













