Tauhu telur ini sedap dimasak dengan pelbagai resipi. Salah satunya adalah resepi tauhu telur masak sos tiram.
Hidangan ini cukup ringkas, hanya memerlukan masa 15 minit untuk memasak. Tapi hasilnya sangat lazat dan menyelerakan.
Namun begitu, ada juga yang gagal setiap kali memasak kerana tauhu telur menjadi hancur apabila digoreng.
Rupanya, ada petua yang untuk mengelakkannya berlaku. Jadi, mari kita ikuti perkongsian oleh Nana Sabrina Sarsan di bawah.
Baca juga: Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Potong egg tofu dan salutkan dengan tepung jagung, goreng sehingga berwarna keperangan. Ketepikan.
Tips: Salut tofu dalam minyak terendam. Apabila sudah perang baru terbalikkan untuk mengelakkan tofu hancur.
2. Tumis bawang putih dan halia hingga garing. Tambahkan air dan bahan perasa.
3. Masak hingga mendidih. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan cili merah. Kacau hingga pekat, tutupkan api.
4. Tuangkan sos tadi ke atas tofu dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan
Baca juga: Tips Goreng Tauhu Begedil Supaya Minyak Lambat Berbuih & Tak Cepat Kotor
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…
Sewaktu kecil, mungkin sesekali anda pernah membantu ibu atau nenek untuk membuat kek sedap di…