Categories: Resipi

Resepi Tauhu Pop Crispy Sesuai Untuk Minum Petang, Rangup Bukan Main Lagi!

Petang-petang mesti teringin nak makan kudapan rangup di rumah bersama keluarga. Buat saja resepi Tauhu Pop Crispy, bertambah sedap jika cicah dengan sambal kicap yang padu.

Perkongsian video dengan langkah demi langkah tentang resepi Tauhu Pop Crispy oleh Basickeli di YouTube sangat mudah dibuat dan hasilnya rangup luar biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Goreng Tauhu Supaya Tak Melekat Pada Kuali, Hasil Garing Elok & Tak Hancur!

RESEPI TAUHU POP CRISPY

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 300ml air
  • 1 sudu besar mushroom seasoning (pilihan)
  • 4 hingga 6 tauhu (420g, potong kecil)

Bahan-bahan sambal kicap cili api:

  • ½ cawan cili api (12 hingga 14 biji)
  • ¼ cawan kicap (tambah jika perlu)
  • 1 sudu besar cuka makan

Cara-cara masak:

  1. Kacau tepung gandum, tepung jagung, garam, lada putih dan mushroom seasoning dalam satu bekas.
  2. Masukkan air dan kacau sampai sebati (lebih bagus pakai whisk supaya tak berketul).
  3. Masukkan tauhu yang telah dipotong ke dalam adunan tadi.
  4. Perapkan selama setengah hingga satu jam.
  5. Asingkan tauhu ke dalam bekas lain.
  6. Panaskan minyak dan goreng tauhu (pastikan tauhu tenggelam).
  7. Setelah agak garing, masukkan adunan tadi dengan menggunakan sudu sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tak melekat.
  8. Bagi menyediakan sambal kicap cili api, kisar saja cili api, kicap dan cuka makan sampai lumat.

Selamat mencuba!

Sumber: Basickeli

Baca juga: Resepi Tauhu Berlauk Mudah Guna Acuan Lompang, Confirm Jadi & Tak Pecah!

Aimi

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

11 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

11 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

11 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

11 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

13 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

14 hours ago