Categories: Resipi

Resepi Taufu Fa Lembut Seperti Sutera, Makan Dengan Air Gula Pun Dah Cukup Nikmat

Apabila badan terasa penat, pasti teringin makan sesuatu yang menyegarkan. Oleh itu, kami kongsikan resepi Taufu Fa lembut dan paling sedap dimakan dengan air gula yang manis.

Taufu Fa merupakan sejenis hidangan ringan berasaskan kacang soya yang terkenal dengan teksturnya lembut, licin dan sejuk menyegarkan. Namun, ada juga yang suka menikmatinya secara suam.

Siti Zarina Jaidon telah kongsikan resepi Taufu Fa lembut di Facebook yang hasilnya kelihatan sungguh menyelerakan sampaikan ramai mengidam dibuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Tauhu Rasa Masam Jangan Dibuang, Boleh Sedapkan Semula Dengan Cara Ini

RESEPI TAUFU FA LEMBUT

Bahan A:

  • 500gm kacang soya (basuh dan rendam 5 jam, nak guna lebih kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya)
  • 3200 ml air atau lebih (untuk kisar kacang soya)
  • 3 helai daun pandan

Bahan B:

  • 1½ sudu teh glucono delta lactone (GDL)
  • 1 sudu makan + 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu makan air soya yang belum dimasak

Bahan air gula:

*Guna sudu sukatan untuk buat kek.

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar kacang soya bersama air dan tapis guna kain cotton.

2. Selepas itu, sukat 3 liter air soya dan letak dalam periuk. Masukkan daun pandan dan didihkan atas dapur (kena selalu kacau supaya tak hangit).

3. Apabila air soya sudah mula mendidih, kena rajin kacau dan pastikan cukup masaknya. Jika tak, jadi kurang sedap.

4. Setelah itu, tapis dalam satu bekas yang mudah dipegang.

5. Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B dan kacau rata.

6. Sediakan satu bekas. Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug (seeloknya ditapis juga biar halus hasilnya).

7. Tuang serentak dalam bekas semuanya. Jangan kacau atau goyang bekas yang sudah siap campur tadi. Biarkan 2 jam atau sampai suam.

8. Sementara itu, boleh sediakan air gula dengan campurkan semua bahan atas dapur, tapis dan sejukkan (buat biar agak manis).

9. Apabila sudah agak sejuk, buang bahagian atas taufu fa, sendukkan dalam bekas dan letak air gula. Siap untuk dinikmati!

Jika anda sudah mencuba resepi Taufu Fa lembut ini dan dapat hasil menjadi, pasti rasa puas hati. Lembutnya macam kain sutera, rasa sejuk dan nyaman apabila masuk dalam mulut.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Zarina Jaidon

Baca juga: Resepi Tau Fu Fah Lembut Dengan 4 Bahan Mudah, Guna Air Kotak Soya Saja

Aimi

Recent Posts

Bayam Merah VS Bayam Hijau, Dua-Dua Bagus Tapi Ini Perbezaan Khasiatnya Ramai Baru Tahu

Selama ini ramai lebih biasa dengan bayam hijau, tetapi bayam merah juga mempunyai khasiat yang…

2 days ago

Resipi Murtabak Crackers Berinti Daging & Keju, Potong-Potong Terus Nampak Cantik Berlapis!

Murtabak crackers boleh jadi pilihan menarik kalau nak cuba hidangan yang lain daripada biasa. Menggunakan…

2 days ago

Coffee + Strawberi? Resipi Air Strawberi Latte Ini Memang Sedap Luar Biasa!

Strawberi Latte ini memang wajib dicuba oleh peminat kopi dan strawberi! Gabungan rasa kopi yang…

2 days ago

Kenapa Roti Cepat Keras Walaupun Baru Buka? Ini Cara Simpan Yang Ramai Tak Tahu

Pernah beli sebungkus roti, baru beberapa hari buka tetapi teksturnya sudah mula keras dan tidak…

2 days ago

Resipi Mi Bandung Mudah Cara ‘Orang Lama’, Kuahnya Pekat Sampai Licin Mangkuk!

Resipi mee bandung ini sesuai sangat dibuat ketika cuaca hujan atau bila teringin hidangan mi…

2 days ago

Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!

Nak rebus kaki ayam tetapi tak mahu menunggu terlalu lama sehingga empuk? Rupanya ada cara…

2 days ago