
Tak lengkap hidangan utama tanpa pencuci mulut untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Jika begitu, kami cadangkan anda buat resepi Tau Fu Fah yang lembut ini.
Tau Fu Fah atau dalam bahasa Cina dipanggil doufuhua merupakan sejenis pencuci mulut Cina yang dibuat daripada tauhu yang sangat lembut.
Di Malaysia, pencuci mulut ini sangat mudah dijumpai terjual di luar, terutamanya di bazar Ramadan. Sesetengah orang memanggilnya tauhu panas dan sedap dimakan secara hangat.
Sebenarnya, cara buat Tau Fu Fah agak mudah tanpa jalan kerja yang renyah. Tambahan pula, anda boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang ringkas saja.
Aisyah Sya telah kongsikan cara buat Tau Fu Fah di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana menggunakan air kotak soya. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Puding Soya Gula Melaka Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Bergedik!
RESEPI TAU FU FAH

Bahan-bahan:
- 2 kotak besar air soya⠀
- ½ paket agar-agar 25g
- Gula Melaka
- Daun pandan
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, didihkan agar-agar dengan 1 cawan air dan masak sampai larut.
2. Selepas itu, masukkan air soya dan didihkan seketika.
3. Kemudian, tapis di dalam mangkuk dan sejukkan.

4. Sementara tunggu ia sejuk, didihkan 2 ketul gula melaka dengan 1 cawan air bersama daun pandan.
5. Akhir sekali, masukkan tau fu fah ke dalam mangkuk, diikuti dengan air gula Melaka. Siap untuk dinikmati!
Manalah tahu tekak tiba-tiba teringin, boleh guna resepi Tau Fu Fah ini. Hasilnya lembut bergedik, ditambah pula dengan air gula Melaka yang manis menambahkan lagi kelazatannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Aisyah Sya
Baca juga: Bubur Sum Sum Pandan, Resepi Mudah Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














