Categories: Resipi

Resipi Tart Telur Portugis Sedap Macam Dekat Kedai Kek, Makan Sebiji Confirm Tak Cukup!

Kalau anda tengah cari resepi tart telur Portugis yang senang dan sedap, inilah dia! Rasa dia hampir sama dengan yang dijual di kedai kek terkenal itu. Kulitnya rangup, isi kastard pula lembut, lemak manis dan wangi. Memang puas hati bila buat sendiri di rumah.

Resipi ini dikongsikan oleh Faridah Ainuddin dan menggunakan puff pastry sebagai asas kulit tart. Dari satu adunan, anda boleh dapat lebih kurang 20 hingga 24 biji tart bersaiz muffin. Nak buat sedikit pun boleh, cuma bahagi dua adunan sahaja.

Baca juga: Resipi Kek Marble Vanilla Tanpa Guna Mixer, Gerenti Jadi Walaupun Pertama Kali Cuba!

RESEPI TART TELUR PORTUGIS

Bahan-bahan:

  • 1 pek kecil puff pastry
  • 500ml susu segar
  • 8 biji telur
  • 300ml air
  • 240g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu makan tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Canai puff pastry hingga agak nipis (jangan terlalu nipis ya). Potong dua setiap keping puff, sekeping boleh dapat dua biji tart nanti.
  2. Tekan doh puff ke dalam loyang muffin. Pastikan bentuknya kemas.
  3. Dalam satu mangkuk besar, campurkan susu, air, telur, gula kastor, esen vanila dan tepung jagung.
  4. Kacau atau pukul dengan whisk hingga semua bahan sebati.
  5. Tapis adunan supaya halus, kemudian tuang ke dalam puff pastry hingga hampir penuh.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama kira-kira 40 minit, atau sehingga permukaan tart sedikit keperangan.

Tart Telur Portugis ini paling sedap dimakan masa masih suam. Kulitnya rangup, isi kastard lembut dan manis berlemak. Memang cepat habis kalau buat untuk minum petang!

Sumber: Siti Suhaida Mohd Sani

Baca juga: Resipi Kek Batik Tanpa Telur, Tapi Tetap Lembut & Tak Keras Bila Digigit!

Wan N

Recent Posts

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

40 minutes ago

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

1 hour ago

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

3 hours ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

3 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

3 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

19 hours ago