Resepi tapai pulut perkongsian oleh Kuali Berasap ini dijamin akan menghasilkan tapai pulut yang sedap dan manis elok.
Tapai pulut merupakan salah satu makanan tradisi, seeloknya anak muda sekarang kena tahu cara membuatnya untuk mengekalkan makanan tradisional kita.
Kalau beli di kedai, belum tentu rasanya sedap dan manis elok. Jadi, mari kita cuba buat sendiri saja di rumah!
Baca juga: Khasiat Air Nasi Atau Rebusan Beras Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Boleh Jadi ‘Ubat’
RESEPI TAPAI PULUT
Bahan-bahan:
- 1 kg beras pulut (anggaran 7 cawan)
- Air bersih 7 cawan
- 1 keping ragi tapai (besar sekeping 20sen)
- Daun pisang secukupnya untuk membungkus
Cara-cara:
1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan putih. Kemudian toskan.
2. Sukat beras mengikut cawan. Jika 7 cawan beras, makan 7 cawan air sahaja. Air jangan lebih supaya beras masak dengan cantik.
3. Masak beras pulut di dalam periuk nasi. Jangan buka tutup periuk sehingga keep warm.
4. Bila dah keep warm, pindahkan beras pulut yang sudah masak ke dalam bekas besar untuk disejukkan. Jangan tutup, biarkan terbuka atau tutup dengan tudung saji sahaja.
5. Pastikan beras pulut betul-betul sejuk. Apabila sudah sejuk, kisar kering ragi tapai tadi sehingga halus. Kemudian, gunakan penapis teh untuk digoyangkan ke atas beras pulut.
6. Siap bergoyang, ratakan ragi dengan beras pulut serata-ratanya menggunakan senduk plastik. Jangan sesekali menggunakan tangan, ini merupakan pantang dia. Sebab tangan kadang-kadang ada bakteria lain.
7. Apabila sudah siap gaul rata, sudukan tapai ke dalam daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang anda nak. Bungkus dengan kemas, selitkan lidi satay untuk bungkuskan tapai.
8. Bila dah siap bungkus, tutup rapat dan biarkan selama sehari semalam atau lebih. Simpan pada suhu biasa di dalam almari seeloknya. Jangan simpan di dalam peti dan jangan terkena suhu panas.
9. Selepas sehari semalam atau lebih, boleh jenguk untuk lihat jika tapai sudah menjadi. Jika sudah, boleh simpan di dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Kuali berasap
Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam