resepi mee kari sedap

Kalau anda sedang mencari menu yang mudah tetapi menyelerakan, resepi mee kari sedap ini memang pilihan tepat.

Dengan kuah pekat berperisa rempah wangi dan bahan-bahan yang meriah, ia boleh jadi hidangan istimewa untuk berbuka puasa atau dijadikan sajian hari raya.

Anda boleh tambah ayam, udang, fish ball atau tofu kering untuk menjadikannya lebih lengkap dan memikat selera. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Bakso Simple Tapi Kuahnya Padu, Semua Yang Makan Terus Puji Sedap!

RESEPI MEE KARI SEDAP

resepi mee kari sedap

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Segenggam ikan bilis (tips untuk kuah lebih sedap)

Cara-cara penyediaan kuah:

  1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan blend sehingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga).
  4. Masukkan rempah kari ikan dan rempah kari daging (nisbah separuh-separuh), serta sedikit cili kisar untuk warna kuah yang cantik. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, kacau dan biarkan masak separuh.
  6. Masukkan santan (500 ml) dan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  7. Masukkan udang, kerang, fish ball dan fish cake. Perasakan dengan garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
  8. Akhir sekali, masukkan tofu kering, kacau sebati dan tutup api.

Bahan-bahan sambal:

  • Segenggam cili kering (direbus terlebih dahulu)
  • 2 biji bawang besar

Cara-cara penyediaan sambal:

  1. Kisar cili kering dan bawang besar sehingga halus.
  2. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan perasa seperti gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Bahan-bahan sampingan untuk hidangan:

  • Mee kuning
  • Telur rebus
  • Tauge rangup
  • Sawi yang dicelur
  • Limau kasturi
  • Daun bawang dan daun sup

Nota: Resepi ini cukup untuk 10 orang. Boleh digandakan atau dikurangkan mengikut jumlah yang diperlukan.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Resipi Tomyam Cara Original Orang Thai, Bila Hirup Terus Rasa Macam Di Bangkok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN