Cuaca hujan memang buat kita teringin sesuatu yang panas dan menyegarkan. Oleh itu, resepi Sup Daging Thai ala kedai tomyam ini memang pilihan yang tepat dan wajib cuba di rumah.
Sup Daging Thai memang terkenal dengan kuahnya yang pedas masam dan cukup menyengat. Ditambah pula dengan aroma harum daun sup atau ketumbar serta hirisan daging yang empuk dan berjus, memang boleh buat orang bertambah tanpa sedar.
Kali ini, kami nak kongsikan resepi Sup Daging Thai yang dibuat oleh Nik Hakimah di Facebook yang kesedapannya seperti makan di kedai tomyam. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Lembutkan Daging Guna Kurma, Sepantas 30 Minit Dah Lembut Elok!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus daging yang sudah dipotong-potong (saya guna periuk tekanan untuk merebus daging).
2. Apabila sudah siap rebus, masukkan kentang saiz kecil yang sudah dibelah dua.
3. Dalam kuali yang lain, tumis 1 batang serai (dititik), bawang merah, bawang putih, halia dan juga sup bunjut sampai keperangan.
4. Selepas itu, tuang tumisan tadi dalam air rebusan yang berisi daging tadi dan letak perencah sup siam jenama Adabi.
5. Kemudian, rebus sampai kentang empuk.
6. Seterusnya, letak tomato, batang saderi, garam, sedikit air limau nipis dan juga cili api yang telah diketuk.
7. Apabila daging sudah empuk, bolehlah taburkan daun sup. Siap untuk dihidang!
Resepi Sup Daging Thai ini sangat ringkas dan bahannya juga mudah dicari. Selain itu, hidangan ini sesuai untuk dinikmati apabila badan nak sesuatu yang panas dan menyengat.
Selamat mencuba!
Sumber: Nik Hakimah
Baca juga: Mihun Sup Daging Ada Petuanya, Wajib Masukkan Bahan Penting ‘Ini’ Semasa Masak
Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari…
Resepi ayam bakar BBQ antara hidangan yang mudah disediakan di rumah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan…
Resepi putu mayam homemade ini sesuai dicuba bagi yang menggemari kuih tradisional berasaskan tepung beras.…
Nugget ayam antara makanan yang digemari kanak-kanak, tetapi tidak semestinya perlu bergantung pada produk sejuk…
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…