sup bebola ayam

Kadang-kadang kita cuma nak masak sesuatu yang mudah dan tak ambil masa lama, tapi tetap sedap. Sup bebola ayam ini antara yang senang dan cepat disediakan. Tak banyak bahan dan tak renyah, tapi hasilnya memuaskan.

Bila tak tahu nak masak apa, menu ini boleh jadi penyelamat. Rasanya pun ringan, sesuai sangat kalau tak lalu makan lauk berat. Sup bebola ayam ini juga boleh dimakan dengan nasi, bihun atau mi bergantung pada selera masing-masing.

Baca juga: Resipi Mi Sup Versi Sempoi, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Sedap Teramat!

RESEPI SUP BEBOLA AYAM

sup bebola ayam

Bahan-bahan:

  • 1 keping dada ayam (dipotong dadu)
  • 1 bungkus bebola ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Tumis rempah tiga sekawan bersama bawang putih, halia dan bawang merah yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan keperangan.
  2. Masukkan dada ayam yang telah dipotong dadu. Tumis seketika sehingga ayam separuh masak.
  3. Tambahkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
  4. Masukkan sup bunjut dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuah mendidih, masukkan bebola ayam serta perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
  6. Apabila bebola ayam mula timbul, tutup api.

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Resipi Mi Sup Ala Siam Untuk Makan Malam, Sekejap Saja Dah Siap Masak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN