mee sup simple

Hari ini MyResipi nak kongsi resipi mee sup simple yang sedap, cepat dimasak dan memang mengenyangkan. Bahan pun tak banyak, tapi cukup untuk buat rasa puas dan berbaloi dijadikan menu tengah hari atau makan malam.

Resipi ini juga sesuai sangat untuk hari yang sibuk atau bila tak tahu nak masak apa. Cukup sekadar tumis, rebus dan perasakan ikut selera. Sekejap saja dah terus siap hidangan yang ringkas tapi menyelerakan.

Baca juga: Resipi Mi Goreng Bungkus Ala 90-An, Warna Pucat Tapi Rasanya Luar Biasa!

RESEPI MEE SUP SIMPLE

mee sup simple

Bahan-bahan:

  • Mee kuning
  • Ayam
  • Bebola daging
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sayur pilihan (contoh: sawi, kobis atau lobak merah)
  • Sayur
  • Lada sulah
  • Garam
  • Daun sup

Cara memasak:

  1. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar sampai naik bau dan keemasan.
  3. Masukkan ayam dan bebola daging. Kacau rata hingga ayam kelihatan separuh masak dan bahan sebati.
  4. Tuangkan air secukupnya mengikut banyak mana kuah yang anda mahu. Biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuah menggelegak, masukkan sayur-sayuran pilihan.
  6. Perasakan dengan lada sulah dan garam secukup rasa. Boleh juga tambah sedikit serbuk perasa jika suka.
  7. Akhir sekali, masukkan mi kuning yang telah dicelur terlebih dahulu. Biarkan ia menggelegak seketika supaya mi menyerap rasa sup, tapi jangan terlalu lama kerana mi mudah kembang.
  8. Taburkan daun sup dan sedia untuk menjamu selera.
  9. Taburkan daun sup sebelum dihidang untuk aroma dan rasa yang lebih segar.

Sumber: Umi Watie

Baca juga: Mihun Sup Daging Ada Petuanya, Wajib Masukkan Bahan Penting ‘Ini’ Semasa Masak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN