Categories: Resipi

Resepi Sup Ayam Sedap Versi Chef Anis Nabilah, Kuah Takkan Hijau Kalau Ikut Cara Ini

Apabila badan tak berapa sihat atau hilang selera makan, buat saja resepi Sup Ayam sedap untuk mengubat rasa. Kuahnya yang ringan tapi berperisa, buat tekak dan badan terus segar.

Chef selebriti terkenal, Anis Nabilah, turut berkongsi resepi Sup Ayam sedap kegemarannya di Instagram yang ringkas tapi sangat menyegarkan apabila dihirup. Jom kita cuba!

Baca juga: Sup Ikan Merah Simple Resipi Ibu Mertua, Kuah Hijau Padu & Isi Lembut!

RESEPI SUP AYAM SEDAP OLEH CHEF ANIS NABILAH

Bahan kisar:

  • 1 sudu kecil biji lada putih
  • 1 biji bawang besar kuning
  • ½ inci halia
  • 8 ulas bawang putih
  • 4 hingga 5 batang daun sup cina

Bahan sup:

  • Sedikit minyak sayuran
  • 1 paket sup bunjut (atau buat sendiri dengan ½ sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil lada hitam, 1 sudu kecil biji ketumbar, 1 bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis dan 1 sudu kecil cengkih)
  • 600g kentang kuning (dikupas dan dipotong 4)
  • 200g lobak merah (dipotong dadu)
  • 8 hingga 10 keping peha ayam tanpa kulit
  • 4 liter air atau stok ayam
  • ¼ cawan bawang goreng
  • Garam dan gula secukupnya
  • ¼ cawan daun bawang hiris
  • ¼ cawan daun ketumbar hiris (daun dan batang)
  • 1 sudu besar minyak kulim
  • Limau kasturi (hiasan)

Cara-cara masak:

  1. Kisar lada putih, bawang besar, halia, bawang putih dan daun sup cina sampai halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sampai wangi dan sedikit perang.
  3. Masukkan kentang, lobak merah, ayam dan tuangkan air atau stok ayam bersama sup bunjut. Reneh atas api sederhana kecil selama 45 minit hingga 1 jam.
  4. Apabila ayam dan sayur sudah empuk, perasakan dengan garam, gula dan sedikit lada sulah.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun ketumbar. Tutup api, titiskan minyak kulim dan hidangkan panas bersama perahan limau kasturi.

Selamat mencuba!

Sumber: anis_nabilah

Baca juga: Resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam, Sesuai Untuk Orang Demam, Angin & Pantang!

Aimi

Recent Posts

Cara Rebus Jantung Pisang Supaya Kekal Putih, Tak Hitam Dan Kurang Rasa Pahit

Jantung pisang merupakan antara ulam tradisional yang cukup digemari masyarakat kita. Selain sedap dimakan bersama…

13 minutes ago

Resipi Wrap Ayam Homemade, Buat Sendiri Puas Hati Boleh Letak Inti Penuh-Penuh!

Resepi wrap ayam ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan hidangan ringkas tetapi tetap mengenyangkan. Intinya…

1 hour ago

Resipi Brownies Anti-Gagal, Ini Rahsia Permukaan Berkedut Cantik & Tak Mudah Terkoyak!

Resepi brownies kedut ini sesuai dicuba bagi yang suka brownies coklat dengan permukaan berkedut nipis,…

1 hour ago

Resipi Sayur Bening Betik, Isi Masak Lembut Elok & Kuah Sedap Hirup Panas-Panas!

Sayur bening betik antara hidangan kampung yang menggunakan betik mengkal, iaitu betik yang belum masak…

1 hour ago

Resipi Kurma Ayam Telur Rebus, Sekali Masak Terus Dapat Dua Lauk Dalam Satu Hidangan!

Resepi kurma ayam antara pilihan lauk yang selalu menjadi penyelamat apabila buntu memikirkan menu untuk…

2 hours ago

Resipi ‘Jemput Malas’ Cara Mudah, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Hasilnya Buat Satu Famili Berebut!

Bila terasa lapar pada waktu petang, memang seronok kalau dapat makan jemput malas yang baru…

2 hours ago