resepi sulur keladi

Resepi sulur keladi asam pedas ini ada penggemarnya yang tersendiri, siapa pernah makan pasti tahu betapa nikmatnya lauk ini bila dimakan dengan nasi putih panas.

Sulur keladi biasanya tumbuh di kawasan sawah atau paya dan bila dimasak dengan betul, teksturnya lembut serta tidak gatal seperti ‘keladi’ yang biasa orang guna itu.

Menariknya, resepi sulur keladi asam pedas ini dimasak tanpa perlu menumis bahan kisar terlebih dahulu. Hanya masuk terus dalam periuk, lagi cepat dan sesuai untuk lauk harian di rumah.

Baca juga: Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api ‘Asli’ Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi

RESEPI SULUR KELADI ASAM PEDAS

resepi sulur keladi

Bahan utama:

  • Sulur keladi/jalan keladi (secukupnya)

Bahan kisar:

  • 10 biji cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Belacan secukupnya

Bahan tambahan:

  • Asam keping atau asam jawa
  • Daun kesum
  • Garam
  • Gula
  • Perasa (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas atau sepat lapisan luar sulur keladi yang berwarna hitam hingga bersih.
  2. Potong pendek dan cuci hingga bersih.
  3. Jika risau gatal, boleh rebus separuh masak dahulu, tetapi jika sulur masih muda, boleh terus masak tanpa rebus.
  4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air.
  5. Hidupkan api dan biarkan mendidih hingga naik bau.
  6. Masukkan sulur keladi yang telah disediakan.
  7. Tambahkan asam keping atau asam jawa.
  8. Masukkan daun kesum untuk aroma asam pedas yang lebih wangi.
  9. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa jika suka.
  10. Biarkan masak hingga sulur keladi menjadi lembut dan kuah sebati.

Nota: Resipi ini tidak menggunakan proses menumis bahan kisar, jadi semua bahan terus dimasak dalam periuk untuk cara yang lebih ringkas dan cepat.

Sumber: Facebook Sewa baju nikah dan sanding murah ipoh

Baca juga: Resepi Sayur Sawi Tumis Ala Air Tangan Orang Lama, Lauk Ringkas Tapi Penuh Rasa Nostalgia!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN