resepi sayur sawi

Resepi sayur sawi tumis air memang antara menu paling simple yang selalu dimasak oleh mak-mak dulu di rumah. Tak perlu bahan yang banyak, tak perlu teknik rumit, tapi hasilnya tetap sedap, ringan dan menyegarkan bila dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Menu ini biasanya jadi pilihan bila nak masak cepat tapi masih nak hidangan yang sihat. Gabungan sawi hijau yang segar, ikan bilis yang menaikkan rasa dan fishball yang menambah tekstur buatkan menu ini rasa cukup lengkap walaupun nampak ringkas.

Selain mudah disediakan, sayur tumis air macam ini juga sesuai untuk seisi keluarga dan boleh dimakan setiap hari tanpa rasa jemu. Jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Sayur Campur Dengan Tauhu Telur, Ikut Cara Ini Campak-Campak Saja!

RESEPI SAYUR SAWI TUMIS AIR ALA MAK-MAK DULU

resepi sayur sawi

Bahan-bahan:

  • Sayur sawi (asingkan batang dan daun)
  • Ikan bilis
  • Fishball (belah dua jika besar)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Cili merah besar (dihiris serong)
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Garam atau perasa secukup rasa
  • Sedikit lada putih

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan ikan bilis hingga naik bau dan garing sedikit supaya rasa lebih sedap dan beraroma.
  2. Tambahkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan batang sawi dahulu kerana ia mengambil masa sedikit untuk lembut.
  4. Bila batang sawi mula empuk, masukkan fishball dan biarkan sekejap.
  5. Kemudian masukkan daun sawi dan cili merah. Kacau perlahan supaya sayur tidak terlalu layu.
  6. Perasakan dengan garam, lada putih atau seasoning mengikut cita rasa.
  7. Siap untuk dihidang panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Thread @sfs_kitchen

Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN