
Jika anda sedang mencari resepi spaghetti simple yang sedap, mudah dan sesuai dengan cita rasa seisi keluarga, resipi ini memang wajib dicuba. Walaupun menggunakan bahan-bahan yang ringkas, hasilnya tetap memuaskan dengan kuah yang tidak terlalu masam dan cukup menyelerakan.
Resipi ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Huspalita Hussain Arif, yang mendedahkan beliau telah menggunakannya sejak berusia 15 tahun lagi. Sehingga hari ini, resipi yang dipelajari daripada rakan sekolah itu masih menjadi pilihan kerana rasanya yang ringan dan sentiasa mendapat pujian daripada anak-anak.
Baca juga: Nasi Ayam Periuk Nasi ‘One Pot’ Paling Mudah, Tak Perlu Tumis & Semua Masuk Sekali Je
RESEPI SPAGHETTI SIMPLE

Bahan-bahan:
- 1 pek spaghetti
- 5 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit minyak masak
- 5 hingga 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 400 gram ayam kisar atau daging kisar
- 1 kiub pati ayam
- Sos tomato secukupnya (lebih banyak daripada sos cili)
- Sedikit sos cili
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam atau lada sulah
Cara-cara Penyediaan:
1. Didihkan lima cawan air bersama satu sudu kecil garam.
2. Masukkan spaghetti dan rebus sehingga lembut mengikut masa yang disyorkan pada bungkusan.
3. Angkat dan toskan spaghetti, kemudian gaulkan sedikit minyak supaya tidak melekat.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
5. Masukkan ayam kisar atau daging kisar dan masak sehingga bertukar warna.
6. Tambahkan satu kiub pati ayam, kemudian kacau sehingga sebati.
7. Masukkan sos tomato dengan kuantiti yang lebih banyak, diikuti sedikit sos cili.
8. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam mengikut cita rasa.
9. Biarkan sos mereneh selama beberapa minit sehingga sedikit pekat.
10. Curahkan sos ke atas spaghetti atau gaulkan sekali sebelum dihidangkan.
Tips Buat Resepi Spaghetti Simple Lagi Sedap
- Gunakan bawang putih yang lebih banyak kerana ia memberikan aroma yang lebih wangi dan menaikkan rasa sos.
- Jangan terlalu banyak memasukkan sos cili. Cukup sekadar menambah sedikit rasa supaya sos tidak menjadi terlalu pedas atau manis.
- Jika tiada ayam kisar atau daging kisar, anda boleh menggantikannya dengan hirisan sosej, bebola daging atau cendawan.
- Gunakan lada hitam untuk rasa yang lebih beraroma, manakala lada sulah sesuai jika mahukan rasa yang lebih ringan.
- Selepas spaghetti ditoskan, gaulkan sedikit minyak supaya tidak melekat ketika dihidangkan.
- Jika suka sos yang lebih pekat, biarkan ia mereneh beberapa minit lagi dengan api kecil sebelum diangkat.
Resipi ini membuktikan bahawa hidangan yang sedap tidak semestinya memerlukan bahan yang mahal atau cara memasak yang rumit. Dengan gabungan sos tomato, sedikit sos cili dan bawang putih yang banyak, resepi spaghetti simple ini menghasilkan kuah yang lebih mesra selera rakyat Malaysia. Tidak hairanlah ia masih menjadi resipi kegemaran keluarga selepas lebih 30 tahun dan terus mendapat sambutan daripada anak-anak hingga ke hari ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Huspalita Hussain Arif
Baca juga: Resipi Masak Ayam Kicap Berkuah Mudah, Tak Payah ‘Blend’ Bahan Pun Hasil Tetap Power
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














